Anda di sini

Sekutu kuat Suu Kyi dilantik presiden baharu Myanmar

Advertisement
 Win Myint melambai selepas dipilih sebagai presiden baharu oleh parlimen di Naypyidaw semalam. — Gambar Reuters
PRESIDEN BAHARU: Win Myint melambai selepas dipilih sebagai presiden baharu oleh parlimen di Naypyidaw semalam. — Gambar Reuters

NAYPYIDAW: Parlimen Myanmar semalam memilih sekutu kuat Aung San Suu Kyi sebagai presiden baharu negara, yang membolehkannya untuk terus mempengaruhi keputusan pada peringkat tertinggi.

Win Myint, 66, telah dicalonkan untuk jawatan itu selepas bekas presiden Htin Kyaw tiba-tiba meletak jawatan pada minggu lepas, dengan menyebut tentang keperluan untuk berehat.

Suu Kyi dilarang oleh perlembagaan yang dirangka oleh tentera daripada memegang jawatan presiden kerana beliau mengahwini orang asing dan mempunyai dua anak lelaki yang merupakan warga Britain.

Beliau sebaliknya berkhidmat sebagai penasihat kerajaan sejak kemenangan besar partinya dalam pilihan raya pada 2015, dengan mengisytiharkan beliau akan bekerja “di atas” presiden.

Namun jawatannya tidak ada peranan rasmi di bawah perlembagaan.

Ini menjadikannya amat penting untuk beliau memiliki seorang rakan yang patuh sebagai presiden manakala beliau mengurus perkongsian kuasa yang selalunya ber-masalah dengan tentera yang masih berkuasa selepas mereka memerintah negara selama hampir setengah abad.

“Saya dengan ini meng-umumkan bahawa U Win Myint, yang menerima majoriti undi, dipilih sebagai Presiden Negara,” kata speaker parlimen Mann Win Khaing Than.

Win Myint, yang meletak jawatan sebagai speaker dewan rakyat pada minggu lepas, memenangi hampir dua pertiga undi dalam parlimen yang didominasi parti Suu Kyi, Liga Demokrasi Nasional (NLD).

Beliau menewaskan dua calon lain, termasuk pemang-ku presiden yang disokong oleh tentera, Myint Swe.    

Bekas peguam itu masih salah seorang anggota lingkungan dalaman Suu Kyi – kedua-dua mereka sama-sama berjuang sewaktu pergerakan demokrasi pada 1988 yang dipatahkan dengan kejam oleh junta dan me-nyaksikan Win Myint, selain ramai orang lain, dikurung sebagai tahanan politik.

Ketika Myanmar muncul daripada pemerintahan ten-tera, Win Myint memenangi kerusinya dalam pilihan raya kecil pada 2012, undi sama yang mengangkat Suu Kyi ke parlimen selepas 15 tahun diletakkan di bawah tahanan rumah.

Beliau masih disanjung ramai sebagai seorang srikandi di Myanmar walaupun reputasinya sudah hancur pada peringkat global kerana gagal untuk bersuara bagi pihak Rohingya di negara itu.

Operasi tentera sudah me-ngusir hampir 700,000 daripada masyarakat minoriti yang tertindas itu dari negara itu sejak Ogos lepas.

Penyokongnya berkata tan-gannya diikat oleh tentera, yang masih menguasai tiga kementerian penting –hal ehwal dalam negeri, sempadan dan pertahanan – dan dijamin sesuku daripada kerusi-kerusi dalam parlimen.

Peguam Mahkamah Agung Khin Maung Zaw bekerja dengan Win Myint sejak beberapa tahun lalu dan berkata: “Beliau seorang insan yang jujur, beliau agak tekun bekerja, tetapi kadang-kadang beliau tegas dan serius.”

Sebagai speaker, beliau terkenal kerana suka meng-ikut protokol, malah pernah menegur ahli parlimen kerana tidak memakai baju yang betul. — AFP

Advertisement