Anda di sini

Perancis beri penghormatan kepada Beltrame

Advertisement
 Pengawal republikan mengiringi kereta membawa mayat Beltrame di Paris semalam. — Gambar AFP
PERJALANAN TERAKHIR: Pengawal republikan mengiringi kereta membawa mayat Beltrame di Paris semalam. — Gambar AFP

PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron menge-tuai satu acara kebangsaan semalam untuk memberi penghormatan kepada seorang pegawai polis berani yang terkorban selepas beliau menawar diri untuk menjadi tebusan dalam satu serangan pengganas jihad.

Leftenan-Kolonel Arnaud Beltrame, 44, merupakan mangsa keempat dan terakhir dalam serangan yang berlaku Jumaat lepas di bandar Carcassonne dan bandar berdekatan Trebes, barat daya Perancis.

“Apabila beliau menye-rahkan nyawanya untuk menamatkan tindakan berdarah seorang pengganas jihad, beliau mati sebagai seorang wira,” kata Macron sebelum acara berkenaan.

Pegawai kanan polis itu telah menggantikan tempat seorang wanita yang ditahan sebagai tebusan terakhir di sebuah pasar raya oleh lelaki bersenjata berusia 25 tahun Radouane Lakdim, yang menjanjikan taat setia kepada kumpulan Daesh atau Negara Islam (IS).

Perancis sudah menyaksi-kan lebih 240 nyawa dicabut oleh pengganas sejak tiga tahun lalu, dan serangan itu merupakan yang terburuk di negara itu sejak Macron menjadi presiden pada Mei tahun lepas.

Kira-kira 200 rakan se-kerja Beltrame dari ‘gendarmerie’, pasukan polis kebangsaan yang merupakan sebahagian daripada angkatan tentera, menghadiri acara berkenaan di Paris bermula 1030 GMT.

Macron menyampaikan eulogi di Les Invalides, sebuah kompleks bersejarah yang menempatkan muzium tentera Perancis dan sebuah pusat persaraan veteran.

Di seluruh negara, balai polis yang jeda untuk senyap selama seminit pada 0800 GMT.

Keranda Beltrame, yang sudah berkahwin, diterbangkan dari Carcassonne kelmarin, ditutupi bendera Perancis dengan topi tenteranya di-letakkan di atasnya.

Selain pegawai polis itu, Lakdim menembak mati penumpang sebuah kereta yang dia rampas di Carcassonne serta dua orang di pasar raya yang dia kepung di Trebes.

Beltrame mengambil tempat wanita yang digunakan oleh Lakdim sebagai perisai manusia, dengan harapan untuk berunding selepas pelanggan dan kakitangan pasar raya yang ketakutan sudah keluar.  

Namun Lakdim menembak Beltrame dan mengelar ke-rongkongnya, yang memaksa polis untuk campur tangan dan menembak mati penye-rang itu.

Penyerang tersebut men-cederakan empat orang lain, termasuk pemandu kereta yang dirampas dan seorang anggota polis yang ditembak ketika dia sedang berjoging.

Beltrame telah dipuji sebagai seorang wira kebangsaan, dan ahli keluarga berkata ia adalah lumrah baginya untuk mengutamakan orang lain.

“Anda berkelakuan pada saat-saat akhir anda sama seperti anda berkelakuan se-panjang hidup anda: sebagai seorang patriot, seorang lelaki yang baik, seorang lelaki yang berjiwa besar,” adiknya Damien menulis dalam Facebook.

Sementara itu kerajaan Macron menerima kritikan dari penentang haluan kanan yang mendakwa serangan itu sepatutnya dapat dielak.

Lakdim, yang pernah disabit kesalahan bagi penyalahgunaan dadah dan mengendalikan senjata yang dilarang, ada dalam senarai suspek pelampau sejak 2014 dan ber-ada di bawah pemantauan.

Sumber polis memberitahu AFP, Lakdim telah dipanggil oleh polis antikeganasan untuk disoal siasat pada awal bulan ini.

Pemimpin haluan kanan Marine Le Pen menuduh kerajaan mengambil kesempatan ke atas kesedihan mengenai Beltrame untuk “lari daripada ketidakcekapan dan sifat penakutnya sendiri” selepas ia gagal menangani fahaman Islam yang ekstrem.

Perdana Menteri Edouard Philippe membidas kritikan itu kelmarin.

“Mereka yang menyatakan dengan jahil bahawa serangan ini dapat dielakkan, mereka yang menjanjikan risiko sifar kepada rakyat – saya berkata kepada mereka, orang ini memikul tanggungjawab yang berat apabila mereka bercakap dengan begitu bersahaja,” kata Philippe kepada parlimen.

Beliau menolak saranan haluan kanan untuk menge-nakan larangan sepenuhnya ke atas Islam Salafis yang ultra-konservatif atau menahan “terlebih dahulu” pelampau Islam yang paling radikal.

Perancis sudah memiliki “senjata undang-undang” untuk “memahami, memantau dan menghukum” pelampau, kata Philippe. — AFP

Advertisement