Anda di sini

Pendaki Jepun cedera di Gunung Kinabalu

Advertisement

RANAU: Seorang pendaki jepun yang mengalami kecederaan akibat terjatuh semasa menaiki Gunung Kinabalu berjaya diselamatkan pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat di Gunung (Mosar).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Jimmy Lagung berkata mangsa yang dikenali sebagai Iwabuchi Fumiko, 70 cedera di bahagian bahu dan muka semasa turun ke Timpohon Gate pada jam 11.40 pagi.

“Kita menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian daripada anggota Mosar mengatakan seorang pendaki mengalami kecederaan selepas terjatuh di Kilometer 3.4.

“Bertindak daripada maklumat dua anggota digegaskan ke lokasi menaiki jentera EMRS (Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan) untuk memberikan bantuan awal kepada mangsa,” katanya.

Anggota bomba memberikan rawatan awal kepada pendaki yang cedera di bahagian muka.
Anggota bomba memberikan rawatan awal kepada pendaki yang cedera di bahagian muka.

Menurutnya mangsa yang cedera diberikan rawatan awal sebelum membawa mangsa turun ke Timpohon Gate.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada anggota EMRS untuk dihantar ke Hospital Ranau bagi menerima rawatan selanjutnya.

“Operasi keseluruhan ditamatkan jam1.40 petang kemudian,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan seorang lelaki mengalami kecederaan ringan selepas lori tiga tan yang dinaiki terbaba lalu terjunam ke dalam gaung sedalam 150 kaki.

Jimmy berkata mangsa berumur 42 tahun yang cedera berjaya dibawa naik sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

  • oleh
  • Advertisement