Anda di sini

Pemimpin Korea Utara kunjungi China

Advertisement
 Seorang askar Korea Selatan menonton berita televisyen mengenai lawatan sulit oleh pemimpin Korea Utara ke China, di stesen kereta api di Seoul semalam. — Gambar AFP
LAWATAN SULIT: Seorang askar Korea Selatan menonton berita televisyen mengenai lawatan sulit oleh pemimpin Korea Utara ke China, di stesen kereta api di Seoul semalam. — Gambar AFP

BEIJING: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un diberi sambutan mewah oleh Presiden China Xi Jinping sewaktu lawatan sulit ke Beijing ketika kedua-dua negara cuba memperbaiki hubungan tegang sebelum sidang kemuncak bersejarah dengan Seoul dan Washington.

Dalam lawatan pertamanya ke luar negara sejak meme-gang kuasa, Kim dan isteri-nya disambut dengan barisan kehormat dan bankuet yang dihoskan oleh Xi, menurut media kerajaan, yang mengesahkan lawatan itu semalam hanya selepas Kim sudah kembali ke Korea Utara.

Kedua-dua pemimpin me-ngadakan rundingan di Dewan Agung Rakyat di mana mereka memuji hubungan bersejarah antara kedua-dua negara mereka, dan Kim berjanji beliau “komited kepada usaha memansuhkan senjata nuklear” di semenanjung Korea, menurut agensi berita Xinhua di China.

“Persoalan tiada bahawa lawatan asing pertama saya adalah ke ibu negara China,” kata Kim, menurut agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA.

“Ini adalah kewajipan rasmi saya sebagai seseorang yang harus menghargai dan meneruskan hubungan DPRK-PRC dari generasi ke generasi.”

KCNA berkata, Xi me-     nerima jemputan untuk melawat Pyongyang, yang merupakan lawatan pertama-nya ke ibu negara Korea Utara sejak beliau memegang kuasa pada 2012.

Kedua-dua lelaki tidak pernah bertemu sejak Kim mengambil alih pemerin-tahan ekoran kematian bapa-nya, Kim Jong Il, pada 2011, tetapi Xi menggaris-kan kepentingan membina hubungan, dan berkata ia adalah “satu pilihan strategik dan satu-satunya pilihan yang betul”, menurut Xinhua.

Pemimpin China itu berkata, beliau bersedia untuk kerap berhubung dengan Kim “di bawah keadaan baharu ini”.

Xi dan Kim, yang diapit oleh pegawai duduk di hadapan satu sama lain di sebuah meja persidangan yang panjang di Dewan Agung Rakyat, menurut gambar televisyen yang menunjukkan pemimpin Korea Utara mengambil nota dengan teliti.

Kemudian, Xi dan isteriya Peng Liyuan melambai se-lamat jalan manakala Kim dan isterinya Ri Sol Ju senyum ketika mereka meninggalkan premis dalam sebuah kereta hitam.

Penganalisis berkata, Xi kemungkinan besar mahu berjumpa dengan Kim untuk memastikan Korea Utara tidak memeterai perjanjian dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang akan menjejaskan kepentingan China sewaktu sidang kemuncak yang dijangka akan diadakan pada Mei.

Beijing kelihatan dike-tepikan oleh pendekatan Pyongyang kepada Seoul dan Washington, tetapi lawatan Kim meletakkan semula China di tengah permainan diplomatik.

“Ia menunjukkan bahawa pada waktu yang genting ini, Kim dan Xi percaya sekarang adalah masanya bagi merampas peluang untuk berunding,” kata Bonnie Glaser, seorang pakar China di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa yang berpangkalan di Washington, kepada AFP.

Deng Yuwen, seorang sarjana hubungan antarabangsa bebas dari China, berkata Korea Utara perlu kembali kepada sekutu lamanya sebelum sidang kemuncak dengan AS, kerana Kim pasti tidak percaya bahawa Trump akan menjamin keselamatan rejimnya.  

“Korea Utara memerlu-kan ‘si abang’ untuk melin-dunginya pada waktu yang genting,” kata Deng.

Xinhua berkata, Kim me-nyuarakan kesediaan untuk mengadakan sidang kemun-cak dengan Trump dan Presiden Korea Selatan Moon Jae In.

“Isu pemansuhan nuklear di Semenanjung Korea dapat diselesaikan, jika Korea Selatan dan AS menyambut usaha kami dengan muhibah, mewujudkan suasana yang aman dan stabil dan pada waktu yang sama mengambil langkah progresif dan selaras untuk merealisasikan ke-amanan,” kata Kim, menurut Xinhua.

Jurucakap Rumah Putih Sarah Sanders berkata, Trump menerima nota peribadi daripada Xi tentang lawatan Kim kelmarin.

“Kami melihat perkemba-ngan ini sebagai bukti lanjut bahawa kempen tekanan maksimum kami mewujudkan suasana sewajarnya untuk dialog dengan Korea Utara,” kata Sanders.

Pengesahan mengenai lawatan itu menamatkan spe-kulasi selama 24 jam tentang identiti pelawat misteri dari Korea Utara selepas media Jepun mengesan sebuah kereta api hijau, serupa de-ngan kereta api yang pernah digunakan oleh bapa Kim, yang tiba di Beijing Isnin lepas dan pulang pada hari berikutnya. — AFP

Advertisement