Anda di sini

Korea Selatan hantar pulang tulang-temulang 20 askar China

Advertisement
 Duta China ke Korea Selatan, Qiu Guohong, menutup keranda kecil dengan bendera negara China semasa upacara penyerahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di Korea Selatan semalam. — Gambar Reuters
PENGHORMATAN TERAKHIR: Duta China ke Korea Selatan, Qiu Guohong, menutup keranda kecil dengan bendera negara China semasa upacara penyerahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di Korea Selatan semalam. — Gambar Reuters

SEOUL: Seoul semalam menghantar pulang tulang-temulang 20 askar China yang terkorban sewaktu Perang Korea, kata kementerian pertahanannya, yang mencerminkan hubungan yang semakin mesra antara kedua-dua bekas musuh Perang Dingin itu.

Askar Korea Selatan me-nyerahkan keranda kayu yang disampang dan ditutupi bendera merah China kepada barisan kehormat China di lapangan terbang Incheon, barat Seoul, di mana ia dipunggah ke atas sebuah pesawat kargo tentera udara China.

Pemindahan itu menjadikan jumlah keseluruhan mayat warga China yang dihantar pulang sejak satu perjanjian dimeterai pada 2013 kepada 589 orang.

Penghantaran pulang itu berlaku sebelum perayaan tahunan Qingming – membersihkan kubur – di China, apabila ramai orang me-      lawat dan membersih kubur nenek moyang mereka.

Kira-kira tiga juta anggota tentera Komunis China memainkan peranan penting dalam sokongan mereka kepada Korea Utara sewaktu konflik 1950-53, dikenali di China sebagai Peperangan Untuk Menentang Kekejaman Amerika Syarikat dan Membantu Korea.

Mereka menyelamatkan Korea Utara daripada kekalahan ketika tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pimpinan Amerika Syarikat mengundurkan tentera Kim Il Sung ke arah sempadan China pada hujung 1950, sebelum kedua-dua pihak menemui kebuntuan di sepanjang apa yang kini dikenali sebagai Zon Bebas Tentera yang memisahkan semenanjung Korea.

Jumlah kematian masih dipertikaikan tetapi anggaran Barat biasanya menyebut 400,000 kematian orang China, manakala sumber China memberikan bila-ngan kira-kira 180,000 kematian. — AFP

Advertisement