Anda di sini

Konvoi terbesar penduduk tinggalkan Ghouta Timur

Advertisement
 Seorang lelaki mengendong bayinya ketika dia bersama satu konvoi besar penduduk dari Ghouta Timur tiba kampung Qalaat al-Madiq di wilayah tengah Hama kelmarin. — Gambar AFP
SELAMAT TIBA: Seorang lelaki mengendong bayinya ketika dia bersama satu konvoi besar penduduk dari Ghouta Timur tiba kampung Qalaat al-Madiq di wilayah tengah Hama kelmarin. — Gambar AFP

DAMSYIK: Konvoi terbesar penduduk yang me-ninggalkan Ghouta Timur setakat ini tiba di barat laut Syria kelmarin manakala rejim mengugut untuk menyambung serangannya jika kumpulan pemberontak terakhir yang masih berada di sana tidak meninggalkan wilayah tersebut.

Tentera kerajaan, yang disokong oleh Rusia dan militia yang setia kepada rejim, melancarkan serangan yang ganas lebih sebulan lalu untuk menawan semula daerah di pinggir Damsyik itu.

Mereka sudah merampas semula lebih 90 peratus daripada daerah tersebut dan membersih kawasan terakhir yang dikuasai pemberontak menerusi rundingan peng-unduran yang diatur oleh Rusia.

Rusia dan rejim Syria yang disokongnya dilaporkan mengugut untuk menyambung semula serangan bom mereka yang ganas jika kawasan pemberontak ter-akhir termasuk bandar utama Douma di Ghouta tidak bersetuju dengan persetujuan yang serupa.

Jaish al-Islam, puak Islamis berpengaruh yang menguasai Douma, telah menaruh harapan agar rundingan dengan Moscow dapat mengekalkan mereka di bandar itu, dan bukannya dibawa keluar de-ngan bas seperti pemberontak lain.

Namun rundingan telah tertangguh dan Rusia kembali semula kepada pendekatan “keluar atau mati”, kata dua sumber pembangkang yang dekat dengan rundingan.

“Di akhir mesyuarat mereka Isnin lepas, pihak Rusia memberi dua pilihan kepada Jaish al-Islam: serah diri atau berdepan dengan serangan,” kata salah seorang daripada mereka kepada AFP.

Jurucakap Jaish al-Islam, Hamza Bayraqdar, berkata rundingan itu adalah untuk satu persetujuan di mana kumpulan itu meletak senjata beratnya sebagai balasan untuk menyambung semula bekalan air dan elektrik yang disediakan oleh kerajaan.  

Dua perjanjian sudah me-nyaksikan ribuan pemberontak, saudara-mara mereka dan orang awam lain dibawa keluar dengan bas dari daerah yang mengalami serangan bom di Ghouta ke Idlib, sebuah wilayah barat laut yang umumnya berada di luar kawalan kerajaan.

Jumlah terbesar sudah me-ninggalkan bandar-bandar Arbin dan Zamalka, selain daerah bersebelahan Jobar, semua dikuasai puak Islamis, Faylaq al-Rahman.

Kumpulan itu mencapai persetujuan dengan Moscow pada Jumaat lepas dan pelaksanaannya bermula pada pagi berikutnya dengan hampir 1,000 orang yang menaiki bas dan meninggalkan daerah berkenaan.

Sejak itu jumlah itu sudah meningkat, dan konvoi terbesar setakat ini berlepas pada awal pagi kelmarin dengan membawa lebih 6,700 orang.

Mereka tiba petang kelmarin di kawasan Qalaat al-Madiq di wilayah tengah Hama, tempat berhenti yang kerap digunakan dalam per-janjian sedemikian, kata seorang wartawan AFP.

Di Qalaat al-Madiq, seorang lelaki yang memakai tali pinggang peluru memunggah sebuah beg dari ruang kargo bas, manakala seorang pemuda dengan kaki yang dibalut ditolak dengan kerusi roda oleh penyelamat.

Konvoi itu menjadikan jumlah penduduk yang dipindahkan dari kawasan di bawah kuasa Faylaq al-Rahman lebih 13,000 orang.

Jurucakap kumpulan itu, Wael Alwan, berkata seramai 30,000 orang mungkin akan dipindahkan pada keseluruhannya.

Presiden Bashar al-Assad telah menggunakan persetujuan evakuasi sedemikian untuk mendapatkan se-mula beberapa wilayah sejak pemberontakan menentang pemerintahannya bermula tujuh tahun lalu.

Mereka biasanya bermula dengan pengepungan tentera ke atas sesebuah kawasan, diikuti serangan bom dan operasi darat sebelum persetujuan dicapai.

Ghouta Timur terletak dalam julat mortar dengan Damsyik, dan pemberontak berulang kali menggunakannya sebagai pelantar pelancaran bagi serangan roket ke atas ibu negara.

Rejim itu membalas dengan kepungan setengah dekad yang melumpuhkan ke atas 400,000 penduduk di kawasan tersebut, dengan menutup akses kepada makanan, ubat-ubatan dan barangan lain. — AFP

Advertisement