Anda di sini

Ketua PBB gesa Arab Saudi cari penyelesaian politik di Yaman

Advertisement
 Putera Mohammed (kiri) menyerahkan cek bernilai $930 juta untuk bantuan kemanusiaan di Yaman kepada Guterres di New York kelmarin. — Gambar AFP
SUMBANGAN KHAS: Putera Mohammed (kiri) menyerahkan cek bernilai $930 juta untuk bantuan kemanusiaan di Yaman kepada Guterres di New York kelmarin. — Gambar AFP

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): Arab Saudi kelmarin menyampaikan cek bernilai $930 juta (RM3.53 bilion) kepada PBB untuk bantuan kemanusiaan di Yaman manakala ketua PBB menuntut penamatan peperangan di mana Riyadh mengetuai perikatan tentera.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres meng-ucapkan terima kasih kepada Putera Mahkota Mohammed bin Salman di atas sumba-ngan yang diberikan, tetapi menegaskan peperangan di Yaman memerlukan penyelesaian politik, dan bukan hanya tindakan kemanusiaan sahaja.

“Penyelesaian kemanusiaan tidak ada bagi masalah kemanusiaan,” kata Guterres selepas menerima cek ber-kenaan, yang turut datang dari Emiriah Arab Bersatu.

Emiriah memainkan pera-nan besar dalam perikatan berkenaan, yang campur tan-gan secara ketenteraan tiga tahun lalu untuk menyokong kerajaan Yaman yang menentang pemberontak Huthi yang disokong oleh Iran.

Kematian orang awam dalam serangan udara per-ikatan telah mengundang kritikan dari kumpulan hak asasi manusia, dan pada Oktober lalu PBB meletakkan per-ikatan itu ke dalam “senarai hitam” kerana membunuh dan mencacatkan kanak-kanak.

Riyadh menegaskan perikatannya menghormati kewajipannya di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Penyelesaiannya bersifat politik dan kami bersedia sepenuhnya untuk membantu anda mencari penyelesaian” yang akan “menamatkan penderitaan di Yaman”, kata Guterres.

PBB sedang menjalankan usaha baharu untuk run-dingan damai di Yaman, di mana perikatan itu bertindak untuk menyokong kerajaan yang diiktiraf oleh masya-rakat antarabangsa selepas puak Huthi merampas ibu negara.

Kira-kira 10,000 warga Yaman sudah terkorban dalam peperangan itu.

PBB menganggapnya sebagai krisis kemanusiaan terburuk di dunia, dengan 22.2 juta orang yang memerlukan bantuan, risiko kebuluran yang semakin serius, dan wabak kolera yang teruk.

Ia merupakan pertemuan kedua antara ketua PBB de-ngan putera mahkota, yang berang apabila Guterres menggambarkan Yaman sebagai “peperangan bodoh” yang menjejaskan kepentingan negara-negara terbabit.

Puteri Mohammed berkata Arab Saudi sedang berusaha untuk menegakkan prinsip PBB yang menurut baginda bermakna “tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain”, yang dipercayai merujuk kepada sokongan Iran kepada puak Huthi.

“Kami cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah di Timur Tengah secara politik dan jika keadaan tidak dapat dikawal, kami cuba sedaya upaya untuk meng-elak semua impak lain,” kata putera yang berucap menerusi seorang penterjemah.

“Kami akan terus patuh, seperti selama ini, dengan undang-undang antarabangsa,” kata baginda.

Ketua PBB telah melantik utusan damai baharu, Martin Griffiths, yang berada di ibu negara yang dikuasai pemberontak Sanaa pada minggu ini untuk rundingan bagi memulakan proses politik, selepas mesyuarat pusingan pertama di Riyadh.

Diplomat PBB percaya usaha baharu dapat berjaya kerana Iran telah memberi isyarat bahawa ia bersedia untuk menekan puak Huthi agar mencari penyelesaian. — AFP

Advertisement