Anda di sini

Kerajaan BN prihatin bela rakyat: Kamarlin

Advertisement
Kamarlin menyampaikan sumbangan sempena mesyuarat PIBG yang diadakan di Dewan Terbuka SK Lubok.
Kamarlin menyampaikan sumbangan sempena mesyuarat PIBG yang diadakan di Dewan Terbuka SK Lubok.

WESTON : Tidak ada kerajaan yang lebih prihatin melainkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan Dan Alam Sekitar, Datuk Kamarlin Ombi.

Berucap merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok, Kamarlin berkata kerajaan banyak menyediakan pelbagai bantuan dan kemudahan bagi membangunkan pendidikan di negara ini.

Sebagai contoh katanya, kerajaan Pusat menyediakan bajet khas sebanyak RM1 Bilion masing-masing untuk Sabah dan Sarawak bagi membaik pulih sekolah-sekolah daif di kedua-dua negeri tersebut.

Selain itu katanya, kerajaan turut menyediakan peruntukan untuk bantuan awal persekolahan kepada para pelajar bagi membantu meringankan beban golongan terbabit dalam meneruskan sesi persekolahan.

Justeru, beliau memberitahu hanya kerajaan BN sahaja yang mampu menyediakan kemudahan serta menyampaikan bantuan sedemikian berbanding pembangkang yang konon prihatin ketika hampir musim Pilihan Raya Umum (PRU).

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat PIBG SK Lubok yang diadakan di Dewan Terbuka sekolah terbabit pada Rabu.

Kamarlin meninjau kawasan sekolah sempena kehadirannya pada mesyuarat PIBG SK Lubok.
Kamarlin meninjau kawasan sekolah sempena kehadirannya pada mesyuarat PIBG SK Lubok.

Dalam perkembangan lain, Kamarlin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan memberitahu, rakyat di Lumadan khususnya di Weston dinasihati supaya tidak mudah terpengaruh dengan 'janji-janji' pembangkang ketika ini.

Jelas beliau, segala yang dijanjikan itu hanyalah bertujuan bagi meraih simpati daripada rakyat namun Kamarlin yakin rakyat di kawasan beliau lebih mempercayai kemampuan kerajaan BN untuk membawa pembangunan diperlukan rakyat.

"Saya percaya rakyat di kawasan ini akan memberikan sokongan padu kepada kerajaan menjelang PRU nanti kerana mereka yakin dengan kemampuan BN yang mempunyai 'track record' yang cemerlang selama ini, " katanya.

Justeru, Kamarlin menegaskan bahawa rakyat harus memilih parti politik yang lebih stabil agar ianya dapat diterjemahkan kepada pembangunan yang mapan serta menjamin keharmonian negara.
 

  • oleh
  • Advertisement