Anda di sini

Harga tiket ‘Repackage’ konsert Anuar Zain, BCL & Kharisma

Advertisement
 

DTA Fashion Art Performance Sdn Bhd, penganjur ‘Anuar Zain, Bunga Citra Lestari (BCL) dan Yuka Karisma - Live in Kuala Lumpur’ yang akan diadakan pada April ini, mengumumkan harga tiket ‘Repackage’ konsert tersebut.

Tiket-tiket ‘repackage’ konsert antara Malaysia dan Indonesia itu berharga RM1599 (VIP), RM1,299 (Platinum), RM499 (Diamond), RM399, (Emas) dan RM299 (Perak). RM199 (Gangsa) dan RM159 (Biasa).

Pembeli tiket yang membeli sebelum 19 Mac 2018 akan dibayar balik dengan sewajarnya, jelas DTA Fashion dalam kenyataan.

Syarikat itu berkata konsert dalam durasi dua jam tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat khususnya peminat setia kerana mereka akan membawakan lagu-lagu hits mereka.

Konsert yang akan diadakan pada 28 April, 8.30 malam di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ini, juga merupakan acara yang dinanti-nantikan kerana kolaborasi ini belum pernah berlaku dan akan menjadi malam untuk diingati semua, katanya.

BCL & Kharisma
BCL & Kharisma

LAGU-LAGU HITS

Anuar Zain, nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri muzik tempatan.

Penyanyi tersohor ini akan membawakan lagu-lagu hits beliau dalam alunan vokalnya yang cukup mempesona dan menggetarkan jiwa.

Artis dari seberang, BCL, penyanyi pop Indonesia yang juga merupakan pelakon terkenal ini baharu sahaja selesai dengan konsert solo pertamanya di Indonesia.

Bulan April ini akan menyaksikan kemunculan perdana beliau dalam skala konsert di Malaysia.

Yuka Kharisma, penyanyi yang semakin meningkat nama ini mula dikenali dengan lagu ‘Hati Berbisik’ yang merupakan lagu runut bunyi bagi filem ‘Love Supermoon’.

Penyanyi ini akan membawakan lagu-lagunya yang terdapat dalam album perdananya yang berjudul #1.

Pembeli tiket bertuah berpeluang memenangi sebuah skuter dan lima Iphone 8 dengan membeli tiket konsert.

Pembeli tiket kategori VIP dan Platinum pula berpeluang menghadiri koktel pra-konsert, ‘merchandise’ (barang dagangan) dan laluan khas ke Dewan Plenari.

Harga tiket ‘repackage’ boleh didapati di www.tickethotline.com.my.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03 7725 1177/0122560082 atau lawati halaman Facebook DTA Fashion. — Bernama

Advertisement