Anda di sini

Lima keluarga selebriti popular dalam ‘Oh My Family!’ mulai 11 April

Advertisement
 Lima keluarga selebriti yang menjayakan program ‘Oh My Family!’ bersama Putri Yasmin Megat (Naib Presiden Gen Next Astro), Ari Zaharie (Pengarah Eksekutif ‘Oh My Family!’) dan Razlin Irawati Johar (Penolong Naib Presiden Gen Next Astro).
AKAN DATANG: Lima keluarga selebriti yang menjayakan program ‘Oh My Family!’ bersama Putri Yasmin Megat (Naib Presiden Gen Next Astro), Ari Zaharie (Pengarah Eksekutif ‘Oh My Family!’) dan Razlin Irawati Johar (Penolong Naib Presiden Gen Next Astro).

BUAT pertama kalinya, lima keluarga selebriti popular bergabung di bawah satu bumbung bagi menjayakan program terbaharu di slot eBu, ‘Oh My Family!’.

Mereka terdiri daripada keluarga Datuk Fazley Yaakob, Datuk Aaron Aziz, Rita Rudaini, Azad Jasmin serta Aziz M. Osman dan program ini akan bersiaran sebanyak enam episod pada setiap Rabu mulai 11 April 2018, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104), Astro Ria HD (saluran 123) dan Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan on demand.

Oh My Family! memaparkan gelagat anak-anak Datuk Fazley Yaakob, Datuk Aaron Aziz, Rita Rudaini, Azad Jasmin dan Aziz M. Osman dalam misi menyelesaikan sesuatu tugasan (dengan penglibatan minimum daripada ibu bapa mereka), bersesuaian dengan peringkat umur masing-masing.

Payish, Piyash & Piyush (anak Datuk Fazley), Dahlia Arissa (anak Datuk Aaron Aziz), Airit Qaqa Arjuna & Airit Rayyan Rizqin (anak Rita Rudaini), Amarra Sofea Rose (anak Azad Jasmin dan Eira Syazira) serta Ara Aziz (anak Aziz M. Osman) akan didedahkan dengan pelbagai situasi yang asing bagi diri mereka untuk menguji kecekalan mental dan fizikal masing-masing.

Dalam pada itu, program ini akan turut memperlihatkan sejauh mana anak-anak cilik ini mampu bertindak dalam mencari penyelesaian terbaik untuk mengatasi setiap cabaran yang perlu dihadapi dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Antara misi atau cabaran yang menanti anak-anak cilik ini ialah ‘mencari bahan masakan di pasar tani’, ‘mengemas rumah’, ‘menjana pendapatan sendiri’, ‘menaiki kenderaan awam’, ‘mendirikan khemah’ dan ‘mengadakan acara kejutan buat ibu bapa’.

Menurut Razlin Irawati Johar, Penolong Naib Presiden Gen Next Astro, Oh My Family! merupakan buah tangan yang paling meriah menerusi slot eBu selepas enam program lain sebelum ini kerana ia menghimpunkan lima buah keluarga selebriti terkenal.

Mereka hadir bersama pasangan masing-masing untuk membantu anak mereka menyelesaikan misi serta cabaran yang diberikan dalam setiap episod program,” katanya.

Menarik lagi tambahnya, ‘dalam menyelesaikan sesuatu misi itu, mereka menonjolkan sisi berbeza yang tidak pernah dilihat oleh ibu bapa mereka sendiri.

Oleh itu, penonton dapat melihat pelbagai aksi dan reaksi spontan yang mencuit hati daripada selebriti dan anak mereka dalam program ini,” kata Razlin lagi

Advertisement