
PENAMPANG: Seorang lelaki terselamat selepas motosikalnya terbakar dalam kemalangan di Jalan Lok Kawi dekat sini.
Mangsa yang berumur 36 tahun itu mengalami kecederaan parah dalam kejadian kira-kira jam 9.50 malam Ahad.
Difahamkan, mangsa gagal mengawal motosikalnya dan terbabas sebelum terbakar keseluruhannya.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) negeri Sabah menerima panggilan kecemasan pada jam 9.58 malam.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di sini bergegas ke lokasi kejadian menggunakan dua jentera.
Mangsa yang cedera parah menerima rawatan awal dari pasukan kecemasan sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Operasi pemadaman menggunakan satu aliran hos reel tamat sepenuhnya pada jam 10.30 malam.