Anda di sini

Australia usir dua diplomat Rusia

Advertisement

Ikut jejak langkah AS dan sekutu Britain lain dalam respons terhadap kes racun Skripal

 Turnbull (kiri) dan Menteri Luar Australia Julie Bishop bercakap pada sidang media di Rumah Parlimen di Canberra semalam. — Gambar Reuters
TINDAKAN TEGAS: Turnbull (kiri) dan Menteri Luar Australia Julie Bishop bercakap pada sidang media di Rumah Parlimen di Canberra semalam. — Gambar Reuters

SYDNEY: Australia menyertai Amerika Syarikat (AS) dan sekutu Britain yang lain semalam mengusir dua diplomat Rusia sebagai res-pons kepada serangan agen saraf terhadap seorang ejen penyamar di England.

Perdana Menteri Malcolm Turnbull berkata, kedua-duanya adalah “pegawai perisikan yang tidak diiktiraf” dan mempunyai masa selama tujuh hari untuk pergi.

Keputusan ini menunjukkan sifat mengejut sera-ngan itu, menggunakan senjata kimia yang pertama di Eropah sejak Perang Dunia Kedua, melibatkan sejenis bahan sangat berbahaya di kawasan yang ramai penduduk, membahayakan sejumlah besar anggota lain dalam komuniti,” menurut beliau.

Turnbull berkata, keputusan itu menyusuli nasihat dari London bahawa bahan yang digunakan dalam serangan pada 4 Mac terhadap Sergei Skripal dan anak perempuannya di Salisbury adalah sejenis agen saraf gred tentera yang dihasilkan oleh Rusia.

Beliau menyifatkannya sebagai sebahagian daripada “satu corak sikap tidak ambil peduli dan sengaja oleh negara Rusia yang menunjukkan  ancaman yang meningkat terhadap keselamatan antarabangsa”.

Serangan sebegitu tidak boleh diterima oleh mana-mana negara berdaulat,” tambah beliau.

Kami menyokong sepenuhnya seruan kepada Rusia agar memaklumkan sepenuhnya program senjata kimianya sejajar dengan undang-undang antarabangsa.”

Respons Canberra itu selepas Washington mengarah-kan 60 rakyat Rusia keluar dari negaranya.

Kanada, Ukraine, Albania dan kebanyakan negara Kesatuan Eropah mengikut jejak langkah itu dengan pengusiran dalam skala yang lebih kecil, selepas Britain menggesa sekutunya agar memberi respons kepada kes keracunan itu.

Rusia menafikan ia mendalangi cubaan bunuh itu, yang menyebabkan Skripal dan anak perempuannya sakit tenat dalam apa yang mungkin adalah serangan agen saraf pertama di Eropah sejak Perang Dunia Kedua. — AFP

Advertisement