Anda di sini

Diploma UTM, selangkah anda ke dunia realiti dalam pembelajaran

Advertisement
 Amirul menyertai lawatan ke tapak pembinaan bersama rakan sekuliah.
LOKASI: Amirul menyertai lawatan ke tapak pembinaan bersama rakan sekuliah.

MOHAMMAD Amirul Hazim Anuar, 26, menjadikan ibu dan bapanya sebagai inspirasi dan telah memilih Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi melanjutkan pengajiannya ke peringkat diploma pada tahun 2010 yang lalu.

UTM tidak asing lagi bagi saya kerana bapa, Ir Anuar Abdullah, adalah graduan dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan ibu, Norhasikin Husin, adalah graduan dalam bidang Kejuruteraan Ukur Bahan.

Kedua-duanya adalah jurutera dan merupakan alumni UTM,” katanya kepada Utusan Borneo.

Mohammad Amirul meneruskan legasi ibunya yang mendalami pengajiannya sehingga ke peringkat sarjana muda dalam bidang Kejuruteraan Ukur Bahan.

Pengasas dan Pengarah Urusan Mega Padu Bina, syarikat milik Amirul, tidak pernah memandang ke belakang untuk terus maju.

Beliau merebut segala peluang yang diperolehinya dengan hasrat meraih lebih banyak pengalaman dan pendedahan dalam dunia kejuruteraan.

Ilmu yang diperolehinya ketika menuntut di UTM dimanfaatkan sebaiknya dalam tugas harian.

Amirul pada mulanya mendapat pendedahan awal dalam bidang kejuruteraan semasa masih menuntut di Sekolah Teknik Johor Bahru.

Ibu merupakan inspirasi saya kerana beliau merupakan pakar dan mahir dalam bidang ukur bahan,” tambahnya.

UTM menjadi pilihannya kerana mempunyai kelengkapan dan infrastruktur terkini bagi memenuhi kehendak bidang dan silibus pembelajaran yang dipelajarinya.

Tambah beliau lagi ahli-ahli akademik UTM amat pakar dalam bidang masing-masing.

Mereka membimbing dan mendidik setiap individu sehingga pelajar dapat memahami ilmu yang dipelajari dan mampu menterjemahkan ia di atas kertas peperiksaan dengan jelas,” katanya.

Pada masa sama, Amirul mengagumi usaha dan inisiatif setiap pensyarah yang memberi manfaat kepadanya ketika tahun-tahun pengajian.

Program Diploma Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan program yang paling berprestij, khususnya dalam bidang kejuruteraan, sains dan pengurusan.

Ia menjadi pilihan pelajar lepasan SPM bagi melanjutkan pengajian ke peringkat diploma. Kelengkapan dan infrastruktur yang tersedia membantu para pelajar dalam proses pengajian di UTM.

Sukatan pembelajaran yang terdapat di UTM telah memberi pengukuhan yang kuat daripada sudut ilmu secara teori dan ia banyak membantu secara praktikal dalam dunia pekerjaan yang sebenar.

Antara program yang ditawarkan bagi pengambilan Jun 2018 yang kini dibuka permohonannya sehingga 30 April ialah Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa, Diploma Kejuruteraan Elektronik (Mekatronik, Diploma Kejuruteraan Elektronik, Diploma Kejuruteraan Mekanikal.

Turut ditawarkan Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Sains Komputer (Teknologi Maklumat), Diploma Sains Komputer (Multimedia), Diploma Ukur Tanah, Diploma Ukur Bahan, Diploma Pengurusan Harta Tanah, Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah, Diploma Senibina, Diploma Pengurusan Teknologidan Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan).

Selain tenaga pengajar yang berpengalaman, kemudahan makmal yang dilengkapi dengan peralatan yang terkini serta silibus yang relevan dan mengikut peredaran semasa juga menjadi faktor tarikan untuk melanjutkan pengajian di UTM.

Sementara itu, bagi Noor Masmalyanah Masli, 26, beliau menganggap dirinya amat bertuah kerana dipilih oleh UTM.

Alumni UTM yang memulakan pengajiannya pada peringkat diploma sehingga ke sarjana muda dalam bidang ukur tanah itu tidak pernah mempersia-siakan peluang yang diberikan dan pastinya UTM juga adalah antara universiti yang diimpikannya sebelum ini.

Masmalyanah, kini merupakan seorang pegawai yang bertugas di salah sebuah syarikat minyak tempatan beranggapan bahawa setiap usaha dan kesungguhan pastinya akan membuahkan kejayaan dan ia juga adalah berdasarkan pengalamannya sendiri.

Menurut Masmalyanah, apa yang menarik di UTM ialah dari segi infrastruktur dan kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti tersebut.

Segala peralatan pembelajaran dalam makmal adalah yang tercanggih dan berteknologi terkini yang sama diguna pakai di syarikat-syarikat kejuruteraan ternama.

UTMSPACE kini telah mengambil alih bagi penyeliaan kemasukan pelajar ke program Diploma UTM.

Mereka tidak perlu lagi membuat permohonan kemasukan universiti melalui sistem borang UPU yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Para pemohon dapat memohon secara langsung ke program diploma yang diminati,” katanya berkongsi.

Ia tambahnya, memberi peluang kepada semua untuk menyambung pengajian ke peringkat Diploma UTM dengan lebih terbuka.

Dengan mematuhi syarat serta kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan minimum lima mata pelajaran kepujian (sekurang kurangnya gred C), berwarganegara Malaysia, menyediakan salinan kad pengenalan dan beberapa dokumen penting untuk dimuat naik ke dalam web permohonan, sudah cukup untuk membuat permohonan secara atas talian.

Pelajar akan menjalani pengajian peringkat diploma di Kampus UTM Kuala Lumpur.

Kedudukan kampus UTM di Jalan Sultan Yahya Petra itu adalah lokasi yang amat strategik terletak di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur.

Terdapat kemudahan pengangkutan awam seperti LRT, bas awam dan juga kemudahan teksi boleh didapati berhampiran dengan kampus.

Bagi pelajar yang menginap di kolej kediaman Siswa Jaya, kemudahan perhidmatan bas ulang-alik ke kampus juga disediakan.

Kedudukan kampus itu berdekatan dengan Perpustakaan Negara dan Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Kapasiti penginapan pelajar mampu memuatkan seramai 1,000 pelajar dengan kemudahan lengkap untuk aktiviti sukan, beriadah dan rangkaian Internet yang pantas.

Tambah Masmalyanah lagi, seseorang perlu mendapatkan ilmu sebanyak mungkin daripada para pensyarah kerana mereka sentiasa bersedia untuk mencurahkan ilmu yang mereka ada.

Nasihat beliau, seseorang tidak perlu malu untuk menuntut ilmu kerana ia akan meletakkan diri mereka jauh ke belakang.

Diploma UTM kini membuka pendaftarannya sehingga 30 April ini.

Para pemohon boleh membuat permohonan dengan mendaftar secara atas talian di portal UTMSPACE di https://intake.utmspace.edu.my/register.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan Program Diploma UTM, anda boleh menghubungi Bahagian Pengambilan, UTMSPACE di talian 07-5610332.

Pemohon juga boleh menghantar e-mel pertanyaan ke [email protected]. UTM telah melahirkan ramai graduan yang berjaya dalam pelbagai bidang di dalam dan luar negara.

Ada antara mereka yang menjadi ikon negara dan Asia mengharumkan nama Malaysia. Diploma UTM, selangkah anda ke dunia realiti dalam pembelajaran.

 Masmalyanah menerima anugerah penghargaan daripada Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia.
KEJAYAAN: Masmalyanah menerima anugerah penghargaan daripada Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia.
Advertisement