Anda di sini

SBA terus promosikan Sabah sebagai destinasi menarik untuk ‘backpackers’

Advertisement

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Pengusaha Backpackers Sabah (SBA) Octavius @ Dares Saham Asaad akan meneruskan usaha mempromosikan Sabah sebagai destinasi backpackers yang menarik dan selamat untuk dikunjungi.

Beliau berkata keunikan yang ada di Sabah membolehkan destinasi pelancongan di negeri ini sesuai menjadi destinasi kunjungan backpackers terutama dalam kalangan generasi muda.

“Kita harus memanfaatkan kelebihan yang ada pada setiap destinasi pelancongan yang ada supaya backpackers akan tinggal lebih lama di negeri ini.

“Misalnya, kita boleh membangunkan produk pelancongan luar bandar seperti mendaki atau jungle trekking supaya banyak aktiviti boleh ditawarkan kepada ‘backpackers’,” katanya ketika dihubungi, di sini pada Khamis.

Octavius berkata, beliau berasa yakin industri backpackers di Sabah boleh berkembang dengan baik sekiranya banyak program menarik disediakan untuk menarik lebih ramai backpackers berkunjung ke Sabah.

Beliau akan memegang jawatan berkenaan bagi tempoh dua tahun (2018-2020). Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Richie Lee yang menjadi Presiden SBA untuk tempoh dua penggal (empat tahun).

Advertisement