Anda di sini

Mayat kanak-kanak lemas ditemui

Advertisement
Suasana hiba menyelubungi apabila ahli keluarga duduk sambil meratapi kematian mangsa.
Suasana hiba menyelubungi apabila ahli keluarga meratapi kematian mangsa.

MIRI: Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan lemas berjaya ditemui di sebatang anak sungai di Kampung Tudan Fasa 2 di sini, kira-kira jam 6.45 petang tadi. 

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Fairuz Dais berusia 8 tahun ditemui dengan terdapat kecederaan di kaki kanan, dipercayai kesan gigitan buaya.

Mangsa berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR)  dengan bantuan orang awam dalam keadaan dipercayai tersangkut pada tumbuhan air. 

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Miri untuk dibedah siasat. 

  • oleh
  • Advertisement