Anda di sini

Futsal: Sibu Jaya ungguli terbuka lelaki

Advertisement
 Pasukan Sibu Jaya bersama hadiah dimenangi setelah muncul juara kategori lelaki.
JUARA LELAKI: Pasukan Sibu Jaya bersama hadiah dimenangi setelah muncul juara kategori lelaki.

SIBU: Pasukan Sibu Jaya mengungguli Kategori Ter­buka Lelaki pada Kejohanan Futsal Liga Sukan Untuk Se­mua (LISUS) Bahagian Sibu selepas menewaskan LP FT dengan 1-0 pada final di Sta­dium Tertutup Bukit Lima, Sibu.

Sementara itu, pasukan Starmanok FT dan pasukan SJ Team menduduki tempat ketiga bersama.

Dengan kejayaan itu, pasu­kan Sibu Jaya membawa pulang wang tunai RM1,000 manakala LP FT menerima RM700. Pemenang tempat ketiga bersama masing-mas­ing menerima RM300.

Bagi kategori wanita, pasu­kan MZ Legacy muncul juara membawa pulang wang tunai RM1,000.

Tempat kedua dimenangi KSRTR menerima wang tu­nai RM700 manakala Matrixx FT dan KRT Sukun menda­pat tempat ketiga bersama sekali gus membawa pulang RM300.

Majlis penutupan pertand­ingan disempurnakan oleh Penguasa Pejabat Kebu­dayaan, Kesenian, Pelan­congan, Belia dan Sukan Ba­hagian Sibu, Sibli Bajai.

Hadir sama Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, Kaya Raju.

Pengerusi pengelola yang juga Presiden Kelab Sukan Rekreasi Taman Rejang (KSRTR), Halel Mohamad Ibrahim berkata kejohanan itu merupakan landasan ter­baik kepada belia bersukan.

Dengan kemenangan itu, pasukan Sibu Jaya dan MZ Legacy akan mewakili Ba­hagian Sibu ke kejohanan Futsal LISUS peringkat neg­eri berlangsung di Miri pada April nanti.

Advertisement