Anda di sini

Suspek bom letupkan diri sendiri

Advertisement
 Pegawai penguat kuasa memeriksa kenderaan milik suspek bom, Conditt (sisipan), yang meletupkan diri sendiri di tepi lebuh raya di utara Austin di Round Rock, Texas kelmarin. — Gambar Reuters
MENCARI PETUNJUK: Pegawai penguat kuasa memeriksa kenderaan milik suspek bom, Conditt (sisipan), yang meletupkan diri sendiri di tepi lebuh raya di utara Austin di Round Rock, Texas kelmarin. — Gambar Reuters

AUSTIN: Seorang lelaki disyaki melakukan satu siri pengeboman di bandar utama Austin di Texas meletupkan diri sendiri kelmarin, meninggalkan satu rakaman video “pengakuan” yang menurut polis menggambarkan “cabaran dalam kehidupan peribadinya”.

Polis berkata mereka me-ngepung Mark Conditt, seorang lelaki kulit putih ber-usia 23 tahun, di luar sebuah hotel di subbandar bandar itu, di mana satu siri pengeboman yang bermula pada 2 Mac mengorbankan dua lelaki, kedua-duanya berkulit hitam, dan mencederakan beberapa yang lain.

Suspek meletupkan satu alat di dalam keretanya dan kemudian  meninggal du-nia, kata ketua polis Austin Brian Manley, membawa satu penamat dramatik kepada pemburuan besar-besaran melibatkan ratusan ejen persekutuan dan polis tempatan.

Polis menemui satu rakaman selama kira-kira 25 minit daripada sebuah telefon yang berada dalam milik Conditt ketika letupan berlaku, dan Manley berkata beliau “akan mengesahkan ini sebagai satu pengakuan”.

Dalam rakaman itu, Conditt menyatakan tujuh bahan letupan, dan “kami telah dimaklumkan mengenai alat tersebut yang kami telah ketahui,” jelas ketua polis.

Manley berkata dalam video selama 25 minit itu, Conditt “tidak menyebut langsung mengenai terorisme, ataupun ada menyebut apa-apa mengenai kebencian”.

Sebaliknya ia adalah luahan perasaan seorang pemuda yang bercakap tentang cabaran dalam kehidupan peribadinya yang membawa dia hingga ke peringkat ini,” jelas beliau.

Polis telah mengawasi Conditt sepanjang 24 hingga 36 jam lepas ketika bukti muncul daripada rakaman video serta keterangan saksi, menurut Manley.

Satu waran tangkap per-sekutuan yang tertutup dan aduan jenayah difailkan pada malam Selasa, mendakwa Conditt atas tuduhan memiliki secara haram dan memin-dahkan sejenis alat pemusnah, menurut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS).

Pegawai penguat kuasa undang-undang telah memeriksa sebuah rumah di subbandar Pflugerville di Austin yang dikenal pasti sebagai kediaman Conditt. Polis mengosongkan kawasan seluas lima blok dan menahan dua rakan sebilik suspek untuk soal siasat.

Fred Milanowski dari Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan (ATF) berkata pasukan pencari me-nemui bahan untuk membuat bahan letupan di dalam rumah, di samping “komponen: yang menyerupai apa yang ditemui di tempat kejadian letupan sebelum itu”.

Maklumat mengenai zaman silam Conditt mulai terbongkar.

The Houston Chronicle melaporkan Conditt membesar dalam sebuah keluarga yang kuat agama, mendapat pendidikan di rumah dan menuntut sekejap di sebuah kolej komuniti tempatan.

Polis tidak dapat menyata-kan bagaimana dia belajar untuk menghasilkan bahan letupan.

Organisasi berita mene-mui satu blog pada 2012 dengan enam kenyataan mengaitkan Conditt, yang mungkin merupakan seorang remaja pada masa penerbitan mereka.

Di dalamnya, Conditt menggambarkan dirinya sebagai “konservatif”.

Kenyataan itu, kelihatan sebahagian daripada satu tugasan kelas, menentang perkahwinan gay, menyatakan homoseksualiti adalah “bukan semula jadi,” me-nyokong  hukuman mati dan mengkritik pendaftaran pesalah seks.

Keluarga Conditt menge-luarkan satu kenyataan ke-pada CNN menyatakan mereka tidak menyedari tentang “kegelapan yang dialami oleh Mark”.

Keluarga kami adalah sebuah keluarga biasa dalam setiap cara. Kami menyayangi, kami berdoa dan kami cuba untuk memberi semangat dan menyokong satu sama lain. Buat masa sekarang doa kami adalah bagi keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang, bagi mereka yang terjejas dalam mana-mana cara dan bagi roh Mark.”

Syarikat cawangan CBS, KEYE di Austin mengeluarkan gambar yang menurutnya diambil daripada rakaman kamera keselamatan menunjukkan suspek pengeboman, memakai topi besbol biru, sarung tangan dan kemungkinan rambut palsu ketika dia menghantar bungkusan pada Ahad di sebuah pejabat FedEx di Austin.

Salah satu bom meletup pada awal Selasa di sebuah bangunan penyelenggaraan FedEx di Schertz, selatan Austin.

Anggota Kongres Texas Mike McCaul, yang mempengerusikan jawatankuasa keselamatan dalam negara bagi Dewan AS, memberitahu KXAN TV bahawa penggunaan FedEx oleh suspek merupakan satu pendedahan besar dalam kes itu.

Semua benda bermula dengan pemergian dia ke kedai FedEx, kerana dari sana kami dapat memastikan siapa-kah individu itu,” menurut McCaul.

Di sebalik persoalan yang timbul, penduduk Austin – sebuah bandar mempunyai hampir sejuta penduduk – merenungkan pengakhiran kepada pengalaman getir selama tiga minggu.

Saya fikir semua orang menarik nafas panjang pada pagi ini,” kata datuk bandar Steve Adler.

Miguel Alvarado, yang menuju ke sebuah taman bersama anak lelakinya pada malam Selasa, memberitahu AFP bahawa pengeboman bersiri itu telah mengorban-kan nyawa.

Orang ramai agak resah,” kata Alvarado.

Ketika keadaan itu mula berakhir, beberapa keluarga dan jiran tetangga telah ber-ubah sepenuhnya.

Letupan pertama pada 2 Mac membunuh Anthony Stephan House – bapa ber-usia 39 tahun kepada seorang budak perempuan berusia lapan tahun yang menubuhkan sebuah syarikat pengurusan wang dan bekerja untuk dua firma yang berpusat di Texas.

Letupan kedua pada 12 Mac membunuh Draylen Mason berusia 17 tahun – pelajar sekolah tinggi dan pemuzik dalam orkestra remaja, yang menuju ke kolej.

Kedua-dua lelaki itu ber-kulit hitam, namun motif perkauman masih belum disahkan. — AFP

Advertisement