Anda di sini

Sistem pepasangan SESB mampu hadapi gegaran

Advertisement
YAAKOB (lima kanan) menunjukkan isyarat bagus bersama-sama rombongannya semasa meninjau salah satu lokasi pemasangan ARDA di Tawau.
YAAKOB (lima kanan) menunjukkan isyarat bagus bersama-sama rombongannya semasa meninjau salah satu lokasi pemasangan ARDA di Tawau.

TAWAU: Rekod sistem pembekalan tenaga elektrik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sehingga kini menunjukkannya mampu bertahan jika ada gegaran gempa bumi di Sabah.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB Ir. Mohd Yaakob Jaafar berkata semua sistem pepasangan milik SESB yang ada berupaya menahan impak gegaran gempa bumi.

“Contohnya, apabila berlakunya gempa bumi yang kuat pada 5 Jun 2015, Stesen Janakuasa Ranau tetap berjalan (seperti biasa) tanpa kerosakan ketara,” katanya.

Yaakob ditemui Utusan Borneo semasa melakukan tinjauan kerja terhadap pemasangan sistem automasi, Auto Recloser Distribution Automation (ARDA) di sini, petang tadi.

Mengulas lanjut, beliau meminta orang ramai supaya tidak risau kerana SESB juga mempunyai pelan tindak jika gangguan bekalan berlaku akibat gegaran gempa bumi.

Menurutnya, pelan tindak itu bertujuan memulihkan bekalan dengan cepat jika impak gegaran gempa bumi terlalu kuat hingga menjejaskan janaan dan penghantaran tenaga.

Dalam perkembangan berkaitan, SESB sudah mengenalpasti 70 kawasan kritikal di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan dan Kota Marudu untuk pemasangan sistem ARDA melibatkan kos RM4.9 juta untuk pelaksanaan projek terbabit.
 

  • oleh
  • Advertisement