Anda di sini

Pemandu maut, kereta bertembung van

Advertisement
KEADAAN kedua-dua kenderaan yang remuk di bahagian hadapan selepas bertembung di Jalan Tuaran Bypass.
KEADAAN kedua-dua kenderaan yang remuk di bahagian hadapan selepas bertembung di Jalan Tuaran Bypass.

KOTA KINABALU: Seorang pemandu kereta maut manakala tiga yang lain mengalami kecederaan selepas kereta pacuan empat roda yang dinaiki bertembung dengan sebuah van.

Mangsa berusua 34 tahun meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam Jumaat.

Kejadian di Jalan Tuaran Bypass berdekatan sebuah restoran makanan segera itu dipercayai berlaku apabila mangsa bertindak memandu melawan arus sehingga sejauh hampir satu kilometer sebelum bertembung dengan van terbabit.

Ketua Operasi Mohd Zulfadli Usman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 12.48 dan menggerakkan dua jentera bersama enam anggota ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi sejauh lima kilometer anggota bomba segera melakukan operasi mengeluarkan mangsa tersepit di bahagian pemandu kereta pacuan empat roda.

“Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata tiga mangsa lain termasuk seorang parah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan jam 2.06 pagi,” katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement