Anda di sini

Teruskan kerjasama erat China dan Sarawak

Advertisement
Lee menyampaikan cenderamata kepada Cheng semasa kunjungan hormat negara republik itu di pejabat beliau di Bangunan Baitulmakmur, hari ini.
Lee menyampaikan cenderamata kepada Cheng semasa kunjungan hormat negara republik itu di pejabat beliau di Bangunan Baitulmakmur, hari ini.

KUCHING: Sarawak dan China akan terus merapatkan hubungan dua hala selain mengenalpasti potensi industri yang boleh menjana ekonomi dua negara itu.
Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin berkata demikian ekoran hubungan erat antara kedua-dua negara yang sudah terjalin sejak sekian lama.

“Banyak perkara yang kita telah bincangkan hari ini, antaranya termasuklah bidang pelancongan, pendidikan dan sebagainya yang boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi kedua-dua negara.

“Hasil daripada perbincangan ini, saya percaya kita bukan sahaja dapat memperkukuhkan kerjasama bahkan mempertingkatkan lagi hubungan pelbagai bidang antara China dengan Sarawak,” katanya ketika menerima kunjungan hormat daripada Konsul Jeneral China di Kuching, Cheng Guanzhong di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur di sini, hari ini.

Lee merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada negara republik itu yang selama ini sentiasa memberi kerjasama erat kepada Sarawak dalam pelbagai bidang.

Sementara itu, Cheng memberi jaminan untuk meneruskan kerjasama dan sokongan dengan Sarawak.

Beliau yang kagum dengan kepelbagaian dan keindahan negeri ini berkata, Sarawak mempunyai banyak potensi untuk diusahakan bersama.

  • oleh
  • Advertisement