Anda di sini

Perlu tingkatkan kesedaran penumpang kereta api

Advertisement

KOTA KINABALU: Pendekatan yang lebih proaktif diperlukan untuk meningkatkan kesedaran mematuhi peraturan dalam kalangan penumpang kereta api.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, langkah berkenaan bagi memastikan sebarang kemalangan membabitkan perkhidmatan kereta api dapat dielakkan.

Banyak perkara yang perlu kita perketatkan supaya semua orang boleh berkongsi peranan tentang keselamatan di dalam kereta api.

Semua aspek akan diambil kira dalam usaha mencari jalan penyelesaian melibatkan isu perkhidmatan kereta api,” katanya kepada media di sini pada Selasa.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur berkata demikian bagi mengulas kejadian seorang pelajar perempuan yang maut akibat terjatuh dari kereta api di Stesen Batu 62 Beaufort pada Isnin.

Pairin berkata, pihaknya akan membuat pemeriksaan secara teliti selepas menerima laporan terperinci berhubung kejadian terbabit.

Menurutnya, keadaan iklim yang tidak menentu antara punca landasan kereta api di negeri ini sering terjejas akibat bencana.

Bagaimanapun jelasnya, kerja-kerja kecemasan sentiasa dijalankan bagi memastikan laluan landasan kereta api dapat digunakan dengan selamat.

Advertisement