Anda di sini

Marsha hadir beri keterangan mahkamah kes aib Watson

Advertisement
Marsha hadir di Mahkamah Majistret Sibu untuk memberi keterangan.
Marsha hadir di Mahkamah Majistret Sibu untuk memberi keterangan.

SIBU: Pelakon dan juga model, Marsha Milan Londoh hadir di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi memberi keterangan berhubung kes mengaibkan bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek.

Marsha muncul buat pertama kali untuk memberi keterangan bagi pihak pendakwa selepas gagal hadir di mahkamah sebelum ini, sehingga waran tangkap terpaksa dikeluarkan.

Beliau akan memberi keterangan terhadap pengacara rancangan Sukan Tak Sentral, Azizul Ammar Abu Hassan, 31, dan penerbit rancangan, Abdul Ghani Mokhtar, 42, yang dituduh menghina Watson dalam rancangan tersebut.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 22 Mei, 2017, kira-kira jam 11.30 pagi di sebuah hotel di Jalan Wong King Huo dan didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Dalam rancangan yang disiarkan itu ketika menyebut nama 'Watson Nyambek' seakan menyamakan bapak Watson, yang meninggal dunia tiga tahun lepas, dengan binatang.

Marsha adalah pengacara bergandingan dengan Azizul dalam rancangan tersebut ketika kejadian. 

  • oleh
  • Advertisement