Anda di sini

Kontraktor terselamat terkena renjatan elektrik

Advertisement
 Anggota bomba melakukan operasi memadam api di stor penyimpanan barangan di tingkat satu Kedai Gulam.
KAWAL API: Anggota bomba melakukan operasi memadam api di stor penyimpanan barangan di tingkat satu Kedai Gulam.

KUDAT: Seorang kontraktor terselamat selepas terkena renjatan elektrik di bangunan bersebelahan Sabah Elektrikcity Sdn Bhd (SESB) Kudat di sini.

Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Santey Bakau berkata mangsa berumur 25 tahun terkena renjatan elektrik ketika sedang membuat kerja pemasangan solar milik persendirian kira-kira jam 9 pagi.

Pada jam 9.15 kemudian kita menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sebelum menggegaskan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat untuk melakukan kerja penyelamatan.

Beberapa minit kemudian kita tiba di lokasi sejauh tujuh kilometer bersama dua jentera,” katanya.

Menurutnya sebelum ketibaan anggota bomba mangsa sudah diberikan rawatan awal dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Mangsa berada dalam keadaan sedar dan tiada kecederaan lain dilaporkan di lokasi,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan stor penyimpanan barangan di tingkat satu Kedai Gulam terjejas kebakaran di Pekan Kota Belud.

PBKII Thomas Bolu berkata pihaknya mendapat panggilan kecemasan jam 6.59 pagi dan menggerakkan lapan anggota ke lokasi bagi operasi pemadaman.

Anggota berjaya mengawal kebakaran dan hanya menjejaskan 50 peratus bahagian stor penyimpanan barang seluas 60x20 kaki persegi di tingkat satu bangunan.

Operasi keseluruhan tamat jam 7.33 pagi dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa,” katanya.

Advertisement