Anda di sini

Keldai dadah kena penjara 12 tahun

Advertisement
Tertuduh diiringi dua anggota polis di luar mahkamah.
Tertuduh diiringi dua anggota polis di luar mahkamah.

TAWAU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara terhadap seorang 'keldai dadah' kerana memiliki syabu seberat 1,335.4 gram.

Tertuduh, Norshafilah Pawawoi, 21, mengaku bersalah mengikut pertuduhan pilihan, Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 di hadapan Hakim Azhahari Kamal Ramli.

Mengikut peruntukan seksyen itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang  10 sebatan, jika sabit kesalahan. 

Berdasarkan pertuduhan kes, wanita tempatan terbabit didakwa melakukan kesalahannya pada 26 Julai 2016 kira-kira jam 11.15 pagi di Balai Polis Lapangan Terbang Tawau. 

Tertuduh diwakili Abdul Gani Zelika, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Khairunnizam Muhamad Ederes.

  • oleh
  • Advertisement