Anda di sini

Zainal Abidin tampil pada Borneo Jazz Ke-13

Advertisement
Lee (lima kiri) bersama Zainal (tiga kanan), Pengarah Festival yang juga pengasas kumpulan 'No Black Tie', Evelyn Hii (kanan sekali) dan kumpulan pemuzik tempatan, Ismet UIam Raja.
Lee (lima kiri) bersama Zainal (tiga kanan), Pengarah Festival Evelyn Hii (kanan) dan kumpulan pemuzik tempatan, Ismet UIam Raja.

MIRI: Penyanyi popular negara, Datuk Zainal Abidin antara artis jazz yang bakal tampil menjayakan Borneo Jazz Festival (BJF) di bandar raya ini pada 11 hingga 13 Mei depan.

BJF edisi ke-13 tahun ini juga berubah lokasi iaitu di Coco Cabana, yang terletak di Marina Bay, menjanjikan suasana lebih segar dan bertenaga untuk peminat-peminat jazz yang datang dari dalam dan luar negara.

Selain Zainal, BJF Edisi ke-13 kali ini turut menampilkan artis-artis jazz antarabangsa dari Poland, Itali, Switzerland, Belgium, Jepun, Jerman, China, Taiwan, Singapura serta Cuba.

Di samping itu, pemuzik jazz tempatan seperti Julian Chan dan Michael Veerapen yang akan mengiringi persembahan Zainal dan juga Dasha Logan iaitu anak perempuan kepada bekas vokalis Alleycats iaitu Loganathan Arumugam, antara yang akan tampil pada edisi tahun ini.

"BJF kini sudah semakin dikenali dan membentuk reputasinya tersendiri sebagai salah satu pentas jazz yang berjaya menarik ribuan peminat jazz dan pengunjung ke sini pada setiap tahun, sejak ia dilancarkan 13 tahun lalu," demikian menurut Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Berucap semasa melancarkan BJF Edisi Ke-13 di Coco Cabana di sini, tengah hari tadi, beliau berkata acara bertaraf antarabangsa itu juga telah menempatkan Sarawak dalam peta dunia, dengan acara yang unik di samping memberi ruang kepada bakat-bakat tempatan untuk turut serta.

"Selain itu ia juga dilihat sebagai satu platform untuk menjana ekonomi bagi masyarakat peniaga tempatan dan pengiat industri pelancongan di Sarawak dan Miri khasnya," ujar beliau lagi.

Majlis pelancaran sebentar tadi, dirasmikan oleh Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin yang mewakili Abdul Karim dan dihadiri oleh Datuk Bandar Miri, Adam Yii; Residen Miri, Sherrina Husaini; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarawak Toursim Board (STB), Mary Wan Mering serta pegawai-pegawai kanan jabatan itu.

  • oleh
  • Advertisement