Anda di sini

Suami isteri berdepan tuduhan bunuh pengasuh

Advertisement
 Ibu bapa Lionnet, Catherine Devallonne (dua kanan) dan Patrick Lionnet (kanan), serta bapa tirinya Stephane Devallonne (kiri) beredar dari Old Bailey, Mahkamah Jenayah Pusat London, di tengah London, kelmarin selepas perbicaraan awal Kouider dan Medouni. — Gambar AFP
SUGUL: Ibu bapa Lionnet, Catherine Devallonne (dua kanan) dan Patrick Lionnet (kanan), serta bapa tirinya Stephane Devallonne (kiri) beredar dari Old Bailey, Mahkamah Jenayah Pusat London, di tengah London, kelmarin selepas perbicaraan awal Kouider dan Medouni. — Gambar AFP

LONDON: Satu pasangan Perancis yang menetap di London dihadapkan ke mahkamah kelmarin atas tuduhan membunuh pengasuh mereka dan membakar mayatnya dalam unggun api selepas membiarkannya kelaparan dan melayannya dengan teruk.

Pereka Sabrina Kouider dan pasangannya Ouissem Medouni menjadikan Sophie Lionnet, 21, seperti tahanan mereka dan menderanya dengan kejam selepas mangsa berpindah ke kediaman mereka di barat daya London, menurut pertuduhan yang dibacakan di mahkamah.

Pereka Kouider, 35, berpakaian serba hitam, dan pasangannya Medouni, 40, yang memakai sepasang sut gelap, mengaku tidak bersalah membunuh Lionnet, yang berasal dari Troyes, timur laut Perancis.

Medouni sebaliknya mengaku bersalah memutarbelitkan tindakan kehakiman dengan bertindak membakar mayat mangsa.

Pasangan tersebut ditangkap selepas mayat rentung Lionnet ditemui di taman mereka pada 20 September, mengejutkan komuniti pasangan muda Perancis itu di ibu negara British.

Pihak polis dimaklumkan jiran tetangga yang melihat asap tebal berkepul dari belakang taman di kawasan kejiranan mewah Wimbledon.

Tanpa kesedaran ini, kedua-dua tertuduh mungkin terlepas tanpa perbicaraan di sebalik pembunuhan yang mereka lakukan,” menurut pendakwa raya Richard Horwell.

Defendan membakar mayat mangsa di taman kediaman mereka dengan harapan tiada sesiapa yang akan pernah menemui rangkanya.”

Lionnet mengalami pelbagai kecederaan, antaranya, patah tulang dada, rusuk dan rahang, namun punca sebenar kematiannya tidak diketahui disebabkan oleh cubaan untuk menghapuskan mayatnya.

Mangsa yang dikatakan seorang yang pemurah, berpindah ke London untuk mempelajari bahasa Inggeris sambil menjaga dua anak pasangan terbabit.

Namun mahkamah telah mendengar bahawa mangsa menerima layanan buruk selama beberapa bulan dalam jagaan mereka, di mana mangsa dibiarkan berlapar, dilayan dengan teruk dan diserang dengan kejam.

Kouider menyasarkan Lionnet dengan tuduhan pelik bahawa dia terlibat dengan bekas pasangannya Mark Walton, yang merupakan anggota asal kumpulan penyanyi Boyzone, menurut pihak pendakwaan.

Kouider turut menuduh secara palsu bahawa Walton seorang pedofilia yang menggunakan akaun Facebook palsu pada 2015, menurut mahkamah.

Para juri diberitahu tuduhan terhadap bekas bintang tersebut, dan sebarang hubungan romantik dengan Lionnet, adalah tidak benar.

Sophie terperangkap dalam mimpi ngeri domestik,” menurut Horwell, sambil menambah bahawa hidupnya pelik dan bersifat menekan.

Kouider akan menjerit dan menengking Lionnet, serta menuduhnya mencuri loket berliannya.

Dalam beberapa keping nota, pengasuh itu mengakui digelar sebagai pelacur, perempuan jalang dan perempuan murahan tanpa sebarang sebab.

Selepas kematiannya, lebih lapan jam rakaman mengerikan ditemui dari telefon bimbit defendan di mana Lionnet disoal siasat atas perkara yang tidak jelas.

Rakaman itu mendedahkan seorang wanita muda yang ketakutan, lemah dan kurus yang segera mengakui dan melakukan apa sahaja yang diarahkan dua penyeksanya,” kata Horwell.

Hari dan detik terakhir dalam hidup Sophie sangat menyeksakan.

Mangsa telah menjadi sasaran tindakan kejam, menindas dan ganas,” tambah beliau.

Selepas kematian Lionnet, perarakan senyap diadakan bagi memperingatinya diadakan pada Oktober lalu di mana kira-kira 30 rakan dan ahli keluarganya berkumpul di kawasan kejiranan London.

Semasa upacara penghormatan itu, sepupunya Melanie Lionnet memberitahu, Sophie mendakwa penat dan ingin pulang ke Perancis sebelum kematiannya.

Ibu bapa mangsa duduk di tepi mahkamah ketika perbicaraan dibuka kelmarin. — AFP

Advertisement