Anda di sini

Abang Johari beri penghormatan terakhir kepada mendiang Siringan

Advertisement
Abang Johari (dua kanan) dan Abdul Karim (kanan) semasa memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di Wisma Fook Lu Siew.
Abang Johari (dua kanan) dan Abdul Karim (kanan) semasa memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di Wisma Fook Lu Siew.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberi penghormatan terakhir kepada Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Siringan Gubat di Wisma Fook Lu Siew di sini, tadi.

Abang Johari turut diiringi Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah terus ke Wisma Fook Lu Siew sebaik sahaja tiba.

Beliau bersama rombongan kemudian akan menghadiri majlis rasmi pada sebelah petang.

Siringan, 68, meninggal dunia akibat serangan jantung pada pukul 10.57 malam tadi di sebuah hospital swasta, di sini.

Mendiang meninggalkan isteri Datin Rozelind Gubat, empat anak lelaki, seorang anak perempuan dan seorang cucu.

Jasad mendiang Siringan, yang juga Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut (UPKO), akan dibawa ke Kampung Kinirasan, Ranau pada Jumaat ini dan dikebumikan pada keesokan harinya.

Mendiang merupakan Anggota Parlimen Ranau sejak 2008 sebelum menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan pada 2013.
 

Advertisement