Anda di sini

Masyarakat Sabah didedah masalah telekomunikasi dan multimedia

Advertisement

KOTA KINABALU: Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) memberikan pendedahan kepada masyarakat Sabah mengenai permasalahan telekomunikasi dan multimedia.

Pengurus CFM Mohamad Yusrizal Yusoff berkata penyampaian maklumat berbentuk santai itu membincangkan isu-isu yang tidak diselesaikan oleh syarikat telekomunikasi tetapi mampu diselesaikan oleh pihaknya.

Kita bawa dua pelawak tempatan di sini untuk pengunjung yang berada di Karnival Sehati Sejiwa ini untuk menimba ilmu berkenaan permasalahan telekomunikasi dan multimedia di Sabah.

Kita telah mendedahkan pelbagai tips berkenaan permasalahan seperti pemberian perkhidmatan, bil dan caj, rangkaian, khidmat pesanan ringkas (SMS), promosi tidak benar serta amalan tidak adil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Gags and Coffee CFM: Sketsa Pengguna Bijak, di sini pada Sabtu.

Katanya pihak CFM telah menyelesaikan sebanyak 97 peratus daripada 59 aduan yang diperoleh pada tahun lalu dalam masa 15 hari.

Yusrizal berkata 3 peratus lagi adalah aduan yang sukar diselesaikan seperti melibatkan pembinaan menara, melibatkan kerajaan negeri dan persekutuan.

Katanya aduan yang sering diterima di Sabah kebanyakan adalah masalah rangkaian yang mana pihaknya telah menjelajah di seluruh negeri ini dan mendapatkan maklum balas daripada rakyat Sabah bahawa mereka mempunyai rangkaian talian agak lembap.

Jadi kami pun memberikan tips kepada mereka bagaimana memperbaiki dan di mana untuk membuat aduan seumpama ini.

Ia kerana, kita memperoleh terlalu sedikit aduan di Sabah. Kita nasihatkan kepada semua rakyat Sabah sekiranya ada masalah berkenaan rangkaian seumpamanya, sila buat aduan kepada syarikat telekomunikasi masing-masing dahulu dan sekiranya tidak diselesaikan, baharulah buat aduan di CFM,” jelasnya.

Beliau berkata pada 2017, CFM menerima sebanyak 4,789 aduan dari seluruh negara.

Advertisement