Anda di sini

Kadar sewa bulanan tiga taman PPR Sandakan diturunkan

Advertisement
Musa bersama para pemimpin dan masyarakat setempat
Musa bersama para pemimpin dan masyarakat setempat

SANDAKAN: Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mengumumkan penurunan kadar sewa bulanan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di tiga buah taman perumahan di Sandakan.

Beliau berkata tiga taman PPR itu adalah PPR Taman Muhibbah, PPR Taman Harmoni dan PPR Batu Sapi.

“Kadar sewa bulanan bagi tiga taman PPR tersebut diturunkan dari RM200 ke RM170 sebulan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata penurunan kadar sewa bulanan ini adalah hasil persetujuan kerajaan pusat dan negeri.

“Ini cara kita untuk ringankan  beban rakyat di luar bandar terutamanya penghuni di taman perumahan PPR itu,’ katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan PPR Muhibbah, pagi Isnin.

Dalam pada itu, Musa berkata kerajaan akan terus usaha, bekerjasama dan bersatu padu dalam jalankan tugas  untuk menjaga taman perumahan ini dengan baik dari segi kebersihan dan penyelenggaraan supaya kelihatan cantik dan penghuni di taman PPR ini sentiasa sihat.

“Inilah yang penting kerana kejaan sentiasa peka mendengar apa jua rintihan rakyat untuk pastikan mereka mendapat pembelaan sewajarnya.

“Saya tahu mereka (penghuni) banyak senang hati kerana memiliki rumah ini dan kadar sewa bulanan hanya RM170,” katanya.

Beliau berkata ini adalah hasil jalinan kerjasama yang baik antara rakyat dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Perdana Menteri.

“Kerajaan BN sentiasa sedar tanggungjawab untuk tolong rakyat kerana kita mempunyai dasar-dasar yang baik untuk bantu rakyat,’ katanya.
 
Untuk rekod, PPR Taman Harmoni memiliki 1000 unit, PPR Batu Sapi (180 unit) dan PPR Taman Muhibbah (500 unit).

Turut hadir pada majlis itu, isteri beliau; Puan Sri Faridah Tussin, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan; Datuk Zakaria Mohd Edris, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan; Datuk James Wong, Pengarah JASA Sabah; Haji Abdul Manap Lakariba, Ketua Polis Daerah Sandakan; ACP Azhar Hamin, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sungai Sibuga; Datuk Salzo Asa dan para pemimpin tempatan.

  • oleh
  • Advertisement