Anda di sini

Jet pejuang rejim Israel serbu semenanjung Gaza

Advertisement
 Penunjuk perasaan Palestin menyambut hari jadi rakan seperjuangan semasa berehat seketika daripada berdemonstrasi mengecam rejim Israel di Ramallah, Tebing Barat pada Jumaat lalu. — Gambar AFP
MUHIBAH: Penunjuk perasaan Palestin menyambut hari jadi rakan seperjuangan semasa berehat seketika daripada berdemonstrasi mengecam rejim Israel di Ramallah, Tebing Barat pada Jumaat lalu. — Gambar AFP

BAITULMAQDIS: Jet pejuang rejim Israel melancarkan serbuan ke atas satu sasaran Hamas di Semenanjung Gaza semalam selepas satu bahan letupan diletupkan berhampiran sempadan dengan Israel, menurut pihak tentera semalam.

Organisasi ‘pengganas’ Hamas bertanggungjawab ke atas semua kejadian di dalam dan dari Semenanjung Gaza,” menurut Pasukan Pertahanan Israel.

Hamas merupakan pergerakan utama Islam Palestin yang mengawal Semenanjung Gaza.

IDF akan terus untuk beroperasi bagi keselamatan orang awam Israel, dengan apa cara sekalipun,” menurut pihak tentera Israel, tanpa memberikan maklumat lanjut.

Menurut sumber Palestin, serbuan tidak menyebabkan sebarang kematian atau kecederaan.

Satu bahan letupan meletup pada lewat kelmarin di utara Semenanjung Gaza  berhampiran dengan pagar sempadan Israel, menurut pihak tentera dalam satu kenyataan awal, dengan tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.

Israel telah menyerang balas, dengan beberapa buah kereta kebal menyasarkan pusat pengawasan Hamas.

Menurut sumber Palestin, serangan balas mengakibatkan kecederaan ringan terhadap seorang mangsa.

Dua bahan letupan diletupkan pada Khamis lepas di sepanjang sempadan dan tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab, namun Israel menganggap Hamas bertanggungjawab atas segala-galanya berikutan kuasa de facto tersebut berada di kawasan Palestin.

Israel, Hamas dan sekutunya sedang meninjau gencatan senjata sejak peperangan pada 2014, yang ketiga di kawasan tersebut dalam masa enam tahun.

Perjanjian seringkali goyah, terutama akibat tembakan dari kawasan ke arah Israel, yang secara sistematiknya akan membalas balik dengan menyasarkan kedudukan Hamas, meskipun sekiranya serangan itu dilancarkan kumpulan lain.

Pada 17 Februari, empat anggota tentera Israel tercedera akibat bahan letupan buatan sendiri di sempadan, mencetuskan  serangan balas tentera yang tegang.

Jet pejuang rejim Israel telah menyerang 18 sasaran dimiliki Hamas di Gaza sebagai respons terhadap letupan itu, yang mencederakan dengan teruk dua anggota tentera, dan satu serangan roket Palestin kemudian di selatan Israel. — AFP

Advertisement