Anda di sini

Empat peluncur maut di gunung Swiss

Advertisement

Runtuhan salji setebal enam meter cetus malapetaka, operasi menyelamat terjejas

 Gambar rakaman Jumaat lalu yang diserahkan Polis Canton Valais kelmarin menunjukkan keadaan di tempat kejadian yang meragut empat nyawa di Vallon d’Arbi, di atas bandar Riddes, barat Switzerland. — Gambar AFP
TRAGIK: Gambar rakaman Jumaat lalu yang diserahkan Polis Canton Valais kelmarin menunjukkan keadaan di tempat kejadian yang meragut empat nyawa di Vallon d’Arbi, di atas bandar Riddes, barat Switzerland. — Gambar AFP

GENEVA: Empat dikhuatiri maut kelmarin selepas runtuhan salji melanda kawasan meluncur salji Swiss di Vallon d’Arbi, dengan dua mayat ditemui tertanam di bawah salji setebal enam meter.

Pihak polis di daerah Valais menyatakan anggota penyelamat masih mencari dua peluncur salji yang hilang selepas runtuhan salji Jumaat lepas, namun operasi itu ditangguhkan pada waktu malam.

Mereka yang ditemui mati adalah dua rakyat Perancis berusia 20 dan 25 tahun, menurut kenyataan polis

Mayat tersebut telah ditemui di bawah salji setebal kira-kira enam meter,” tambahnya lagi.

Seorang rakyat Perancis berusia 32 tahun dan seorang rakyat Switzerland berumur 57 tahun masih belum ditemui.

Pihak polis menyatakan beberapa pasukan penyelamat bekerja sehingga jam 3.30 pagi waktu tempatan kelmarin, kemudian berhenti sebelum meneruskan usaha mereka pada jam 9 pagi waktu tempatan.

Mereka berdepan dengan keadaan yang sukar, termasuk salji berterusan kelmarin sebelum berhenti pada waktu malam.

Jurucakap polis Valais memberitahu badan penyiaran awam Swiss RTS bahawa tidak mungkin sesiapa akan ditemui hidup.

Menurut RTS, runtuhan salji berlaku pada ketinggian 2,200 meter.

Vallon d’Arbi merupakan laluan yang sesuai bagi peluncur mahir, yang segera ditutup bagi tujuan keselamatan.

Kawasan pelancongan mencadangkan para pelawat meluncur dengan ditemani seorang pemandu pelancong.

Pihak polis menyatakan laluan dibuka pada masa runtuhan salji pada Jumaat lepas.

Kemalangan itu adalah yang terkini dalam siri insiden maut menjejaskan peluncur salji di Switzerland pada musim ini, dengan siri runtuhan salji mengorbankan tiga orang di Alpine Swiss pada bulan lepas. — AFP

Advertisement