Anda di sini

20 rumah musnah terbakar

Advertisement
MUSNAH... rumah-rumah di kawasan setinggan Kampung Singki sedang terbakar.
MUSNAH... rumah-rumah di kawasan setinggan Kampung Singki sedang terbakar.

SANDAKAN: Dianggarkan 20 buah rumah musnah dalam satu kebakaran di kawasan setinggan Kampung Singki Bandar Tanah Merah disini, awal pagi Isnin.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan, Anddre Andrew berkata pihaknya menerima panggilan kebakaran tersebut kira-kira pukul 1.13 pagi.

"Dua buah jentera bomba dan sebuah Water Tanker bersama 10 anggota yang diketuai oleh Firdaus Ahmad bergegas ke lokasi kebakaran," katanya.

Beliau berkata pihaknya membuat pemadaman kebakaran rumah-rumah berkenaan menggunakan  sumber air daripada jentera bomba (water tanker).

"Kebakaran tersebut berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 4.45 pagi," katanya.

Anddre berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan kemalangan jiwa atau kecederaan.

"Pihaknya masih lagi menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kebakaran dan jumlah kerugian," katanya.

MUSNAH... rumah-rumah di kawasan setinggan Kampung Singki sedang terbakar.
MUSNAH... rumah-rumah di kawasan setinggan Kampung Singki sedang terbakar.
  • oleh
  • Advertisement