Anda di sini

Ling gagal batal saman difailkan Najib

Advertisement

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadapnya berhubung penerbitan artikel dalam satu portal berita yang mendakwa beliau menyalahgunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu pemberita bahawa Hakim Datuk Nor Bee Ariffin me-mutuskan bahawa ada isu yang akan dibicarakan dalam kes saman itu berhubung locus standi sama ada plaintif (Najib) memfailkan saman atas kapasiti peribadi atau sebagai pegawai awam.

Hakim yang mengikuti kes Datuk Seri Adnan Yaakob lawan Utusan Malaysia di Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Adnan dan memerintahkan kes saman itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan. Hari ini (semalam), hakim berkata isu locus standi dalam kes ini akan dibicarakan,” kata Mohd Hafarizam.

Hakim yang membuat keputusan dalam kamar juga mengarahkan Ling membayar kos RM5,000 kepada Najib.

Mohd Hafarizam juga berkata satu lagi isu yang akan dibicarakan ialah sama ada saman itu adalah menyalah-gunakan proses mahkamah.

Beliau berkata tiada tarikh ditetapkan untuk mendengar perkara itu kerana kes tersebut akan didengar oleh hakim baharu, Datuk Nordin Hassan memandangkan Hakim Nor Bee sekarang ialah Hakim Mahkamah Keluarga.

Peguam Yeoh Cho Kheong yang mewakili Ling berkata plaintif sepatutnya diberi peluang untuk didengar di mahkamah untuk menentu-kan sama ada saman oleh beliau (Najib) ialah atas kapasiti peribadinya atau sebagai pegawai awam.

Ling mengemukakan permohonan pada 15 Feb,  2016 untuk membatalkan saman Najib atas alasan bahawa ia adalah penyalahgunaan proses mahkamah dan tidak menyatakan alasan yang munasabah.

Pada 27 Oktober, 2015, Najib atas kapasiti peribadi telah memfailkan saman terhadap Ling kerana mendakwa bahawa bekas menteri peng-angkutan itu telah membuat kenyataan yang berbaur fitnah terhadapnya dalam satu artikel yang disiarkan dalam portal berita itu pada 3 Oktober, 2015.

Dalam kenyataan tuntutannya, Najib berkata Ling secara palsu dan berniat jahat mengeluarkan kenyataan fitnah itu pada satu majlis di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di sini dengan mendakwa kenyataan oleh Ling membawa maksud beliau (Najib) telah menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.

Pada 18 Julai, 2016, mah-kamah membenarkan permohonan oleh Najib untuk mengetepikan aafidavit bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang difailkan untuk menyokong permohonan Ling bagi membatalkan saman tersebut. — Bernama

Advertisement