Anda di sini

Haruan makan anak dijel 15 tahun, 10 sebatan

Advertisement
 Tertuduh diiringi anggota polis ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Lawas, semalam.
BERSALAH: Tertuduh diiringi anggota polis ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Lawas, semalam.

LAWAS: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan merogol anak kandungnya berusia 26 tahun.

Hakim Mohd Hafizi Abdul Halim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, 46, dari Kampung Kampung Languban, Merapok mengaku bersalah terhadap kesalahan itu.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 8 Mac lepas.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada lapan anak itu didakwa merogol anak perempuannya sejak mangsa berusia 15 tahun dengan kali terakhir pada 1 Februari lalu, jam 10 pagi di pondok kebun getah milik keluarga mangsa di Kampung Languban, Merapok.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan minimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor Idrus Arshad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Advertisement