Anda di sini

Video wanita dipenggal tiada kaitan kes bunuh di Sri Aman - Dev

Advertisement
Pemilik akaun Facebook Kenedy Morie diminta datang ke balai polis.
Pemilik akaun Facebook Kenedy Morie diminta datang ke balai polis.

KUCHING: Polis mengesahkan video yang tular di media sosial menunjukkan seorang wanita yang dipenggal kepalanya berlaku di Amerika Selatan dan tidak berkaitan dengan kes bunuh di Sri Aman seperti yang didakwa.

Susulan itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Datuk Dev Kumar menasihatkan netizen agar berhenti menyebarkan video tersebut yang boleh mengganggu siasatan polis berhubung kes bunuh tersebut.

"Kita telah dimaklumkan mengenai satu video yang tular di media sosial menunjukkan seorang wanita ditikam dan dipenggal kepalanya oleh seorang lelaki bertopeng.

"Terdapat pengguna facebook (Kenedy Morie) yang menyebarkan video tersebut mendakwa ia berkaitan dengan kes bunuh di Sri Aman, yang mana kepala seorang wanita ditemui di tebing sungai di Skait, Sri Aman.

"Hasil siasatan mendapati video tersebut berlaku di sebuah negara Amerika Selatan dan tidak langsung berkaitan kes di Sri Aman," katanya.

Laporan polis berhubung video tersebut juga telah dibuat dan siasatan lanjut pihak polis juga masih dijalankan.

"Pemilik akaun Facebook Kenedy Morie dimohon agar tampil menyerah diri di mana balai polis bagi membantu siasatan," ujarnya.
 

  • oleh
  • Advertisement