Anda di sini

Karim ketuai delegasi Sarawak ke New Zealand

Advertisement

KUCHING: Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mengetuai delegasi Sarawak ke Auckland dan Wellington, New Zealand pada Selasa hingga hari ini.

Delegasi itu disertai Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Hii Chang Kee, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Dr Ong Kong Swee dan delegasi lain.

Objektif lawatan itu fokus kepada dua bidang dan bertujuan memberi pandangan lebih mendalam mengenai strategi pembangunan pelancongan New Zealand dan mekanisme ‘Tourism Satellite Account’ (TSA) untuk bidang pelancongan.

Sementara dalam bidang sukan pula, untuk melihat strategi dan mekanisme sukan New Zealand yang mendorong negara itu menjadi negara sukan berprestij tinggi.

Delegasi juga berpeluang bertemu dengan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand Datuk Lim Kim Eng dan Pengarah Pelancongan Malaysia di Auckland Rosli Reshid Mohd Saini.

Advertisement