Anda di sini

16 termasuk pelacur ditahan dalam dua serbuan Ops Noda

Advertisement
Sebahagian daripada pelacur warga asing dan warga tempatan yang ditahan dalam Ops Noda di sini.
Sebahagian daripada pelacur warga asing dan warga tempatan yang ditahan dalam Ops Noda di sini.

KOTA KINABALU: Polis menahan 16 individu termasuk enam pelacur dalam dua serbuan berasingan di premis yang giat menjalankan aktiviti pelacuran di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata serbuan dijalankan di sekitar pusat bandar bermula jam 9 hingga 11.30 malam hasil maklumat orang awam.

“Serbuan pertama dijalankan di pusat reflexology yang tidak mempunyai lesen perniagaan di sebuah hostel Bandaran Berjaya.

“Empat individu termasuk seorang lelaki penjaga premis dan tiga pekerja wanita berumur 19 hingga 43 tahun diberkas serta merta dalam serbuan berkenaan,” katanya.

Chandra berkata serbuan kedua berjaya menumpaskan sindiket warga tempatan serta warga asing yang turut menjalankan aktiviti pelacuran.

“Enam wanita termasuk tiga warga asing berumur 16 hingga 19 tahun berjaya ditahan di sebuah bilik hotel di Api-Api Centre Apartment.

“Turut ditahan seorang lelaki tempatan dan wanita warga Filipina yang dipercayai penjaga dan bapa ayam serta perancang kepada kegiatan pelacuran terbabit,” katanya.

Tambahnya pihaknya turut merampas wang tunai sejumlah RM400, sekotak kondom jenama durex, beberapa bekas kondom yang sudah digunakan, alat menyerupai alat sulit lelaki dan lapan telefon bimbit pelbagai jenama.

Beliau berkata hasil opearsi Ops Noda dan Ops Cantas turut menahan empat lelaki yang positif dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana menawarkan perkhidmatan seks bagi tujuan pelacuran dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan kerana menggunakan rumah atau bilik untuk tujuan pelacuran serta Seksyen 372A Kanun Keseksaan.

“Empat individu turut disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Menurutnya operasi dijayakan sepasukan anggota D7 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.
 

  • oleh
  • Advertisement