Anda di sini

Mayat lelaki ditemui

Advertisement
Anggota bomba bertugas mengangkat mayat sebelum dihantar ke hospital.
Anggota bomba bertugas mengangkat mayat sebelum dihantar ke hospital.

SANDAKAN: Mayat seorang lelaki dipercayai mati lemas ditemui di bawah jambatan Pelabuhan Karamunting Sandakan, pagi Khamis.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan, Anddre Andrew berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 10.13 pagi berhubung penemuan mayat berkenaan dari pihak polis.

Beliau berkata pihaknya yang tiba di lokasi kejadian 14 minit kemudian telah menemui mayat itu terapung di bawah jambatan pelabuhan berkenaan.

Anddre memberitahu pihaknya telah berjaya mengambil mayat itu sebelum menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

"Identiti mangsa setakat ini belum diketahui dan masih dalam siasatan polis," katanya.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar oleh polis ke Hospital Duchess Of Kent untuk dibedah siasat.
 

  • oleh
  • Advertisement