
SIBU: KTS Trading Sdn Bhd menganjurkan siri jerayawara Atlas Copco di tujuh lokasi di seluruh Malaysia Timur dan Brunei.
Pengurus Kanan Bahagian Produk Industri KTS Ling Leong King berkata, jerayawara akan menampilkan pemampat skru pemendapan berkelajuan tinggi (VSD) pemutar skru, penjana nitrogen, pengering udara, penapis udara dan paip aluminium AiRnet.
“Sebagai pengedar tunggal produk Atlas Copco selama 35 tahun di Malaysia Timur, KTS bangga dengan produk Atlas Copco yang mempamerkan rekaan inovatif,” jelasnya.
Ling berkata, jerayawara dimulakan di Kuching dan diteruskan di lokasi lain di Sibu, Bintulu, Miri, Kota Kinabalu, Sandakan dan Bandar Seri Begawan.
“Hari ini jerayawara kita adakan di Pintu Gerbang Sibu dari jam 9 pagi hingga 3 petang. Seramai 100 orang telah dijemput untuk menghadiri jerayawara di Sibu,” ujarnya.
Ling berkata, jerayawara itu bertujuan meningkatkan kesedaran jenama produk Atlas Copco dan mempamerkan inovasi terkini.
“Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk Atlas Copco boleh menghubungi Yong di talian 016-8927757,” jelasnya.