Anda di sini

Jenazah allahyarham Tawfiq tiba di Tawau

Advertisement

 

TAWAU: Jenazah Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan selamat tiba di Lapangan Terbang Tawau (LTT) pada jam 10.20 pagi tadi dengan pesawat MAS MH2260.

Allahyarham, 56, dilaporkan meninggal dunia di Prince Court Medical Centre Kuala Lumpur pada jam 11.57 malam, Rabu, selepas menjalani rawatan selama kira-kira lapan bulan.  

Terdahulu, Ketua Menteri Tan Sri Musa Hj Aman tiba di Lapangan Terbang Tawau pada jam 10 pagi dengan menaiki jet G200 VP-SA milik Sabah Air Aviation Sdn Bhd.

Kehadiran Musa turut diiringi menteri-menteri kabinet negeri dan disambut oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Panglima Syed Abas Syed Ali.

Musa dijadual akan menyertai solat jenazah di Masjid Raya sebelum Allahyarham Tawfiq dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Wilis, Jalan Utara pada jam 2 petang ini.

Ketibaan Ketua Menteri dan rombongan di Lapangan Terbang Tawau disambut oleh Speaker Dewan Undangan Negeri.
Ketibaan Ketua Menteri dan rombongan di Lapangan Terbang Tawau disambut oleh Speaker Dewan Undangan Negeri.
  • oleh
  • Advertisement