Anda di sini

‘Sape’star Sape’ Masterclass’ dapat sambutan, asah bakat baru

Advertisement
 Para peserta dan penganjur Sape’star Masterclass 2018.
MERIAH: Para peserta dan penganjur Sape’star Masterclass 2018.

KUCHING: Program ‘Sape’star Sape’ Masterclass’ anjuran Saufi Aiman Yahya, Pengasas Sape’star dan Juara Dunia Instrumentalist WCOPA 2017 dengan kerjasama Union Learning Centre dan Kuching Sape’ Arts Collective, telah diadakan di Union Learning Centre (ULC), Kota Samarahan pada 3 Mac lepas.

Ia menarik seramai 26 peserta termasuk jemputan dari kalangan peminat muzik Sape sekitar kawasan Kuching dan Kota Samarahan untuk menyertai kelas tersebut.

Menurut Saufi, ia bertujuan untuk memperluaskan pemahaman terhadap muzik Sape’ serta mengasah bakat baru pemain Sape’ bagi mencapai standard yang telah ditetapkan di peringkat antarabangsa.

Program itu disambut meriah dengan kehadiran peserta yang mahu menimba ilmu dan kemahiran dalam teknik bermain alat muzik tradisional Sape’ secara kontemporari.

Dalam erti kata lain, ia adalah hasil kreativiti sebagai pemantapan corak muzik tradisional bergabung dengan elemen muzik moden.

Tambah Penasihat ULC, Dines Ngau Wan, kelas itu juga dianjurkan bagi memperkembangkan kemahiran serta memupuk generasi muda cara yang betul memainkan alat muzik Sape’.

Dines yang juga merupakan seorang pendidik dan pembuat Sape’ terkenal di Kuching berkata, “Muzik Sape’ adalah sinonim dengan masyarakat Orang Ulu.

Namun acap kali kini, ia turut dimainkan oleh kumpulan etnik yang lain di pentas antarabangsa dan turut menarik minat pencinta muzik antarabangsa.

Muzik sape sangat indah dan boleh membuatkan jiwa kita tenang. Ia juga merupakan salah satu identiti kepada negeri ini,” tambahnya.

  • oleh
  • Advertisement