Anda di sini

Rakyat perlu bersyukur kerajaan sentiasa prihatin masalah kemudahan asas

Advertisement
 Rakyat di negara ini perlu bersyukur kerana kerajaan sudah membina banyak kemudahan asas untuk kebaikan semua. Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah sebuah kerajaan yang amat prihatin terhadap masalah kemudahan asas dan telah membina kemudahan berkenaan demi kepentingan rakyat. “Sejajar dengan seruan pucuk pimpinan untuk wakil rakyat BN mengadakan program-program bagi mendekati masyarakat hingga ke akar umbi, lawatan turun padang merupakan
SANDAKAN: Rakyat di negara ini perlu bersyukur kerana kerajaan sudah membina banyak kemudahan asas untuk kebaikan semua. Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah sebuah kerajaan yang amat prihatin terhadap masalah kemudahan asas dan telah membina kemudahan berkenaan demi kepentingan rakyat. “Sejajar dengan seruan pucuk pimpinan untuk wakil rakyat BN mengadakan program-program bagi mendekati masyarakat hingga ke akar umbi, lawatan turun padang merupakan

SANDAKAN: Rakyat di negara ini perlu bersyukur kerana kerajaan sudah membina banyak kemudahan asas untuk kebaikan semua.

Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah sebuah kerajaan yang amat prihatin terhadap masalah kemudahan asas dan telah membina kemudahan berkenaan demi kepentingan rakyat.

Sejajar dengan seruan pucuk pimpinan untuk wakil rakyat BN mengadakan program-program bagi mendekati masyarakat hingga ke akar umbi, lawatan turun padang merupakan salah satu pendekatan terbaik dalam mendekati rakyat serta mempertingkatkan pengetahuan mengenai isu-isu semasa.

Pendekatan sedemikian turut membolehkan wakil rakyat untuk mengenalpasti masalah rakyat di kawasan mereka dan mencari penyelesaian mengatasinya,” katanya.

Sebab itu katanya, di kawasan Parlimen Batu Sapi, permasalahan yang dihadapi penduduk kampung sentiasa mendapat perhatiannya.

Linda sentiasa menyelesaikan masalah masyarakat setempat ketika beliau bertemu dengan mereka semasa lawatan turun padang.

Baru-baru ini, beliau bersama rombongan dari Pejabat Parlimen Batu Sapi telah meninjau jambatan kayu sepanjang 3,000 kaki di Kampung Bakau yang sudah siap dibaik pulih.

Turut serta pada lawatan itu ialah Ketua Kampung Kamlun Hasan dan Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.

Linda juga melawat Kampung Bonggaya Baru untuk membuat tinjauan jambatan separa konkrit 190 kaki panjang yang sudah siap dibina.

Sementara itu, beliau telah bertemu dengan penghuni bangunan Win Ken di Jalan Leila yang memaklumkan bahawa masalah saluran najis dan parit tersumbat sudah dibaik pulih sebelum Tahun Baharu Cina.

Beliau telah membawa masalah itu ke perhatian jabatan kerajaan berkenaan untuk tindakan lanjut apabila mendapat aduan daripada penghuni di situ pada Januari lalu.

Advertisement