Anda di sini

Pengawal keselamatan harus tangani masalah parkir haram

Advertisement
 Kenderaan yang diparkir menghalang laluan lori pengangkut sampah.
PARKIR HARAM: Kenderaan yang diparkir menghalang laluan lori pengangkut sampah.

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Hak Asasi Rakyat Sabah Lee Pun Yee mendakwa kegagalan pihak pengawal keselamatan menyelesaikan masalah parkir haram, sebagai punca lori pengangkut sampah menghadapi kesukaran mengangkut sampah di Taman Penampang.

Parkir secara haram telah berlarutan lebih setahun. Ini menyebabkan lori pengangkut sampah tidak dapat masuk ke pondok pengumpulan sampah. Nasib baik pekerja Majlis Daerah Penampang (MDP) yang dedikasi berusaha menolak tong sampah ke lori. Jika tidak, sampah-sarap tentu akan membukit dan mengeluarkan bau tidak menyenangkan.

Keadaan ini sudah berlarutan sekian lama tetapi pihak pengawal keselamatan langsung tidak mengambil tindakan menyelesaikan masalah parkir. Adakah mereka memandang ringan atau kurang peka terhadap isu ini?” katanya.

Sementara itu, beliau juga membidas pihak keselamatan yang didakwanya kurang prihatin terhadap golongan menghadapi masalah mobiliti, terutama warga tua. Mereka dikatakan hanya berpeluk tubuh dan enggan membantu.

Saya pernah mengetengahkan isu ini kepada pihak atasan pengawal keselamatan dan diberitahu bahawa perkara seumpama itu bukan bidang kerja mereka,” katanya.

Advertisement