Anda di sini

ESSCom tahan 10 pati dalam sekatan jalan raya di Kunak

Advertisement

KUNAK: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menahan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI), enam daripadanya warga Filipina dan selebihnya warga Indonesia dalam  operasi bersepadu di sini, kelmarin.

Komander ESSCom Datuk Hazani Ghazali berkata kesemua PATI berkenaan ditahan dalam sekatan jalan raya di kawasan Madai di Jalan Lahad Datu-Kunak, bermula jam 8 pagi hingga 1.30 petang.

Katanya pemeriksaan dokumen dilakukan terhadap kesemua pemandu dan penumpang.

Hasil pemeriksaan mendapati tujuh lelaki dan tiga wanita gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah.

Kesemua PATI berumur dalam lingkungan lapan hingga 60 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) untuk tujuan siasatan pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Selain ESSCom, operasi berkenaan turut disertai anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kunak, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan JIM Lahad Datu. — Bernama

Advertisement