Anda di sini

Dua pekerja kapal maut semasa menarik pukat tunda

Advertisement
Anggota polis melakukan siasatan di lokasi kejadian
Anggota polis melakukan siasatan di lokasi kejadian

KOTA KINABALU: Dua pekerja kapal meninggal dunia semasa menarik pukat tunda di perairan Pulau Mengalum pada Selasa.

Mangsa warga Indonesia terbabit masing-masing dikenali sebagai Gading Abdullah, 21, dan Muhamad Mansur, 31.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata kejadian kira-kira jam 8.30 pagi terbabit dikesan selepas majikan mangsa berumur 31 tahun membuat laporan polis.

"Majikan mangsa hanya mengetahui kejadian apabila salah seorang pekerja menghubunginya dan memaklumkan dua pekerja kapal meninggal dunia dipercayai mengalami kemalangan semasa menarik pukat tunda di atas kapal.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jeti Kota Kinabalu sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE1) untuk bedah siasat," katanya.

Menurutnya hasil siasatan terhadap mangsa tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Orang ramai yang mengenali mangsa diminta membantu pihak polis menghubungi keluarga mangsa untuk pengecaman serta tindakan selanjutnya," katanya.


 

  • oleh
  • Advertisement