Anda di sini

SICC bakal tingkat kapasiti peluang perniagaan dan pekerjaan

 Musa yang ditemani Sapawi meluangkan masa memberikan nasihat kepada para pencari kerja yang rata-ratanya terdiri daripada anak muda semasa melawat booth Jabatan Tenaga Kerja.
NASIHAT: Musa yang ditemani Sapawi meluangkan masa memberikan nasihat kepada para pencari kerja yang rata-ratanya terdiri daripada anak muda semasa melawat booth Jabatan Tenaga Kerja.

TAWAU: Sabah International Convention Centre (SICC) berpotensi meningkatkan kapasiti peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat apabila siap kelak, sebelum akhir tahun ini.

Pengarah Yayasan Sabah (YS) Datuk Sapawi Ahmad optimis matlamat itu mampu dicapai menerusi penawaran lebih 10,000 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat.

Pembinaan SICC akan memacu kemajuan di Sabah seiring dengan arus pembangunan sosial dan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Siri Jelajah YS Bersama Rakyat Peringkat Zon Pantai Timur di Padang Bandaran Tawau, di sini pada Ahad.

Menurutnya, SICC mampu menjadi titik tolak kepada ‘high end tourism’ di Sabah dan menaiktaraf Bandaraya Kota Kinabalu, sekaligus menjadi mercu tanda yang akan meletakkan negeri ini di peta dunia.

SICC dibangunkan Kumpulan YS dengan sokongan Kerajaan Persekutuan dan Negeri bakal menjadi hab percambahan minda dan salah satu ‘premium product’ di Sabah.

Ini usaha Kumpulan YS sebagai jentera strategik kerajaan meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan mewujudkan industri dan memperluaskan peluang pekerjaan,” katanya.

Sapawi berkata semua program Kumpulan YS di Zon Pantai Timur Selatan sudah memberi manfaat kepada lebih 154,000 rakyat dengan perbelanjaan lebih RM6.8 juta antara 2003 hingga 2017.

Untuk rekod, program Siri Jelajah YS kali inidisempurnakan perasmiannya oleh Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, disertai 102 booth pameran pelbagai agensi dan jabatan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan.