Anda di sini

Polis mohon bantuan jejaki Rabiah Yusof

Advertisement
 Rabiah dirayu pulang dengan segera ke pangkuan keluarganya.
HILANGKAN DIRI: Rabiah dirayu pulang dengan segera ke pangkuan keluarganya.

SIBU: Orang ramai diminta membantu mengesan kedudukan Rabiah Yusof yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Semop, Daro sejak 2 Mac lepas.

Menurut laporan polis, Rabiah, 29, berbangsa Melanau dikatakan kali terakhir dilihat di Pangkalan Ekspres Sibu.

Justeru, pihak suaminya dan keluarga mengharapkan agar Rabiah pulang ke pangkuan keluarga kerana anak-anaknya amat merinduinya.

Rabiah diminta menghubungi suaminya dengan segera dan balik ke pangkuan keluarganya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Orang ramai yang mengetahui kedudukan Rabiah diminta menghubungi Balai Polis Sentral Sibu di talian 084-336144 atau Sarjan Latif (011-29162103).

Advertisement