Anda di sini

Penyerang ditembak mati di luar kediaman duta Iran

Advertisement

Selepas dia tikam pengawal dengan pisau, kata polis Austria

 Polis memeriksa kawasan di luar kediaman duta Iran di Vienna pada awal semalam selepas seorang lelaki menyerang pengawal dengan pisau ditembak mati. — Gambar AFP
SIASAT: Polis memeriksa kawasan di luar kediaman duta Iran di Vienna pada awal semalam selepas seorang lelaki menyerang pengawal dengan pisau ditembak mati. — Gambar AFP

VIENNA: Seorang rakyat Austria berusia 26 tahun ditembak mati di luar kediaman duta Iran di Vienna pada malam kelmarin selepas dia menyerang seorang pengawal dengan bersenjatakan sebilah pisau, menurut polis.

Penyerang tersebut “me-ninggal dunia di tempat kejadian” selepas pengawal melepaskan tembakan, juru-cakap polis Harald Soeros memberitahu AFP, sambil menambah bahawa sera-ngan berlaku hanya sebelum waktu tengah malam waktu tempatan.

Motif serangan masih belum diketahui, menurut polis.

Pengawal, yang berada di sebuah pondok sentri di luar bangunan, mengalami luka di bahagian atas lengannya dalam serangan itu.

Dia pada mulanya menggunakan penyembur lada” terhadap penyerang, menurut Soeros, sebelum melepaskan tembakan. Dia dipercayai telah melepaskan tembakan  dengan senjatanya sekurang-kurangnya empat kali.

Menurut kenyataan awal pengawal “telah bertindak berdasarkan peraturan”, menurut seorang jurucakap kementerian pertahanan dipetik oleh agensi APA.

Pegawai berkata anggota tentera itu, yang berasal dari wilayah Tyrol di Austria, telah menerima rawatan di hospital.

Polis telah mengarahkan kawalan keselamatan diper-kukuhkan di semua bangunan diplomatik di bandar ini.

Insiden muncul hanya beberapa hari selepas dua serangan pisau di Vienna, termasuk satu yang mence-derakan satu pasangan dan anak perempuan mereka berusia 17 tahun.

Seorang rakyat Afghan berusia 23 tahun telah meng-akui serangan itu namun menafikan sebarang motif politik. — AFP

Advertisement