Anda di sini

Penerbangan sulung syarikat Wings Air di Lapangan Terbang Miri Khamis ini

Advertisement
 (Dari tiga kiri) Lee, Abdul Aziz dan Harris serta yang lain bergambar bersama selepas mesyuarat persediaan menerima penerbangan sulung pesawat Wing Air dari Pontianak ke Miri pada 15 Mac ini.
BERSEDIA: (Dari tiga kiri) Lee, Abdul Aziz dan Harris serta yang lain bergambar bersama selepas mesyuarat persediaan menerima penerbangan sulung pesawat Wing Air dari Pontianak ke Miri pada 15 Mac ini.

MIRI: Pengiat dan pihak berkepentingan dalam industri pelancongan di sini kini sangat teruja menyaksikan syarikat penerbangan tambang murah Indonesia, Wings Air mendaratkan pesawat pertamanya dari Pontianak ke Miri pada 15 Mac ini.

 Pengurus Stesen Malindo Air, Harris Salleh berkata penerbangan sulung Wings Air dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Miri (LTM) sekitar jam 6.20 petang, Khamis ini.

 “Pada hari sama penduduk di sini juga menyaksikan penerbangan pertama ke Pontianak dijadualkan berlepas dari Miri sekitar jam 6.50 petang,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Penyediaan Penerbangan Wings Air di sini semalam.

 Mesyuarat penyediaan itu dipengerusikan oleh Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin dan Pegawai Daerah Miri, Abdul Aziz Mohd Yusuf.

 Harris berkata, sektor baharu itu menyediakan pelanggan dengan satu penerbangan setiap hari dari Pontianak ke Miri dan sebaliknya.

 “Penerbangan ini menggunakan pesawat ATR mempunyai kapasiti 72 penumpang dengan harga tiket bermula dari RM163 untuk satu perjalanan,” katanya.

 Beliau memberitahu, mereka ingin membeli tiket penerbangan boleh membuat pembelian dalam talian melalui www.lionair.co.id atau www.malindoair.com.

 Ditubuhkan pada 2003, Wings Air adalah anak syarikat Lion Air memberi tumpuan kepada laluan domestik dan kebanyakannya berfungsi sebagai syarikat penerbangan.

 Kebanyakan laluan Wings Air adalah lanjutan dari syarikat penerbangan Lion Air Group yang lain seperti Batik Air, Malindo Air dan Lion Air.

Advertisement