Anda di sini

Malaysia negara membangun paling pesat: Hasan Malek

Advertisement

KUALA LUMPUR: Sasaran untuk menempatkan negara ini dalam senarai negara maju menjelang 2050 berada di landasan yang tepat, kata Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata berdasarkan fakta yang terdapat dalam Laporan Kompetitif Global, Malaysia diiktiraf sebuah negara membangun paling pesat selain sebagai pemain ekonomi paling kompetitif dalam kalangan negara membangun di Asia.

Pengiktirafan ini menjadikan matlamat menempatkan Malaysia sebagai 20 negara teratas dalam pembangunan ekonomi, kemajuan sosial dan inovasi menjelang tahun 2050 adalah realistik untuk dicapai.

Sasaran kerajaan untuk meletakkan Malaysia dalam dalam negara maju menjelang 2050 adalah realistik dan berada di landasan yang tepat,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.

Menyentuh isu lain, Hasan berkata telah tiba masanya undang-undang bagi mengekang penyebaran berita palsu diwujudkan.

Beliau berkata penyebaran berita palsu yang mengandungi unsur prejudis yang disebarkan terutama melalui media sosial dilihat boleh mengancam dan membawa mudarat kepada kestabilan negara ini.

Justeru saya percaya inisiatif kerajaan untuk mewujudkan undang-undang bagi memberikan hukuman berat kepada penyebar berita palsu ini akan disokong semua pihak,” katanya lagi. Bernama

Advertisement